Mercedes-Benz Malaysia raikan pengedar berprestasi terbaik 2021 | DagangNews Skip to main content

Mercedes-Benz Malaysia raikan pengedar berprestasi terbaik 2021

Cycle & Carriage Johor Bahru menerima anugerah Mercedes-Benz Malaysia Dealer of the Year 2021

KUALA LUMPUR 5 April - Mercedes-Benz Malaysia meraikan rangkaian pengedarnya melalui anugerah ‘Pengedar Tahunan Terbaik’ untuk memperingati kejayaan mengutamakan pelanggan dalam kalangan pengedar atas kecemerlangan operasi mereka dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi dalam menyampaikan Pengalaman Pelanggan Terbaik pada 2021.

 

Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, kecemerlangan automotif melampaui sekadar menghasilkan kenderaan yang paling diingini di dunia dan bagi Mercedes-Benz, ia juga merangkumi penyampaian perjalanan dan pengalaman pelanggan yang mewah.


 

Sagree Sardien
                                                       Sagree Sardien

 


''Kami berterima kasih kepada rakan kongsi pengedar kami atas dedikasi dan komitmen berterusan mereka ke arah meningkatkan kehadiran jenama dan pengalaman pelanggan kami di Malaysia tahun lalu.

 

''Bersama-sama, kami berharap dapat mempercepatkan pengalaman pelanggan runcit kami ke peringkat seterusnya,” katanya dalam ucapan pada majlis tersebut.

 

Mercedes-Benz Malaysia menyampaikan tujuh anugerah - Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan, Terbaik dalam Kecemerlangan Perniagaan, Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan, Terbaik dalam Jualan, Terbaik dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) 5 Bintang Dinilai, Peniaga Paling Baik dan anugerah paling diidamkan, Pengedar Terbaik 2021.

 

Hap Seng Star Kinrara memenangi kategori Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan, manakala Terbaik dalam Kecemerlangan Perniagaan dibawa pulang oleh Cycle & Carriage Glenmarie.


 

hap seng
Hap Seng Star Kinrara

 

candc
Circle & Carriage Glenmarie

 

 

Sementara itu, BR Jaya memenangi kategori Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan manakala pemenang Terbaik dalam Jualan dianugerahkan kepada Asbenz Motors.


 

MB
BR JAYA

 

asbenz
Asbenz Motors

 

Penarafan 5 bintang Terbaik dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), telah dimenangi oleh Hap Seng Star Melaka, dan Peniaga Paling Baik dimenangi Hap Seng Star Kuala Lumpur.

 

hap seng
Hap Seng Star Melaka

 

hap seng
Hap Seng Star Kuala Lumpur

 


Kemuncak pada malam itu ialah anugerah Mercedes-Benz Malaysia Dealer of the Year 2021, yang disampaikan kepada Cycle & Carriage Johor Bahru kerana pengedar itu cemerlang dalam semua sudut perniagaan untuk mencapai skor keseluruhan tertinggi.

 

CEO Cycle & Carriage Bintang Berhad, Thomas Tok berkata, Cycle & Carriage sentiasa komited untuk menyampaikan Pengembaraan Luar Biasa kepada pelanggan dan pihaknya amat berbangga dengan Cycle & Carriage Johor Bahru kerana diiktiraf sebagai Pengedar Mercedes-Benz Malaysia Tahun 2021.

 

''Ini adalah bukti komitmen berterusan kami dalam menyediakan pengalaman runcit dan selepas jualan terbaik dalam kelas kepada semua pemilik dan peminat Mercedes-Benz di semua 11 lokasi kami,” katanya.

 

Mercedes-Benz Malaysia mempunyai rangkaian terbesar dalam segmen kenderaan premium dengan 31 pengedar sah di seluruh negara untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik, sambil menyampaikan produk terbaik sepanjang perjalanan pelanggan. - DagangNews.com