Mesiniaga raih kontrak RM43.62 juta bangunkan sistem pendaftaran korporat SSM | DagangNews Skip to main content

Mesiniaga raih kontrak RM43.62 juta bangunkan sistem pendaftaran korporat SSM

KUALA LUMPUR 15 Dis - Mesiniaga Bhd. meraih kontrak bernilai RM43.62 juta daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membangunkan sistem pendaftaran korporat (CRS).

 

Kontrak itu termasuk pembangunan, pembekalan, pelaksanaan, latihan, sokongan, waranti dan penyelenggaraan sistem berkenaan. 

 

"Tempoh bagi kontrak ini bermula pada 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2026. Tiada klausa pembaharuan automatik dalam kontrak ini," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Mesiniaga menjangkakan kontrak tersebut tidak memberi kesan kepada modal terbitan dan pemegangan utama kumpulan.

 

"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 hingga tamat tempoh kontrak," tambahnya. - DagangNews.com