Microsof labur RM10.5 bilion dalam tempoh 4 tahun pacu transformasi awan dan AI Malaysia | DagangNews Skip to main content

Microsof labur RM10.5 bilion dalam tempoh 4 tahun pacu transformasi awan dan AI Malaysia

Satya Nadella (kiri) bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Purajaya pada 2 Mei 2024. - Gambar: Annice Lyn/Getty Images
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mei - Microsoft mengumukan pelaburan sebanyak RM10.5 bilion bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh empat tahun sebagai usaha mempercepatkan transformasi digital Malaysia.

 

Pelaburan tersebut bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab digital terkemuka di peringkat serantau dengan fokus kepada meningkatkan kemahiran 200,000 rakyat Malaysia untuk menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) serta memacu pertumbuhan ekonomi serta keterangkuman melalui teknologi inovatif.

 

Ia juga akan mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi menubuhkan Pusat AI negara dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara serta menyokong pertumbuhan komuniti pencipta perisian di negara ini.

 

Dengan matlamat meningkatkan produktiviti, daya saing, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan itu membuktikan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah pusat pengkomputeran awan dan teknologi canggih yang berkaitan, termasuk AI generatif.

 

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata, pihaknya bertekad untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan usaha itu membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

 

PM

 

“Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi terangkum dan mempelopori inovasi di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan semasa berucap pada Forum Kepimpinan Kebangsaan AI yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.

 

Pelaburan infrastruktur digital itu juga melanjutkan Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft yang diumumkan pada April 2021 termasuk penubuhan sebuah pusat data serantau yang pertama di Malaysia dengan matlamat menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif.

 

Pelaburan yang diumumkan hari ini akan membolehkan Microsoft memenuhi permintaan bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia, selain membolehkan negara merebut dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti menerusi teknologi AI terkini.

 

Menurut penyelidikan oleh Kearney, AI bakal menyumbang hampir AS$1 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara menjelang 2030, dengan Malaysia meraih AS$115 bilion daripada anggaran tersebut.

 

PM

 

Sementara itu, Menteri  Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perkongisan strategik dengan Microsot itu adalah selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP2030), bukan sahaja  membantu penerimaan teknologi dengan pantas, tetapi memupuk inovasi serta keselamatan ekonomi serta keterangkuman.

 

Beliau berkata, walaupun keutamaan pihaknya adalah untuk menarik pelaburan yang berkualiti, MITI juga sedang mencari rakan kongsi yang boleh membantu memperjuangkan komitmen bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui teknologi pemboleh baharu termasuk AI agar mereka meriah manfaat ekonomi digital.

 

"Pelaburan sebanyak RM10.5 bilion daripada Microsoft adalah langkah ke arah hasil positif itu.

 

“Komitmen Malaysia terhadap infrastruktur digital telah meyakinkan banyak syarikat multinasional di peringkat global untuk menubuhkan atau mengembangkan kehadiran mereka di sini, sebagai dibuktikan oleh RM144.7 bilion yang ketara dalam pelaburan digital yang diluluskan dari 2021 hingga 2023.

 

"MITI akan terus memupuk ekosistem digital yang akan memacu rumusan berasaskan teknologi merentas pelbagai sektor, ia juga akan mengukuhkan cadangan bahawa Malaysia adalah tempat permulaan global, atau tempat untuk syarikat yang ingin menempa kejayaan operasi serantau dan global mereka," katanya.- DagangNews.com