Microsoft Surface Laptop Go bermula RM2,758 kini boleh ditempah! | DagangNews Skip to main content

Microsoft Surface Laptop Go bermula RM2,758 kini boleh ditempah!

 

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Microsoft mengumumkan pesanan awal bagi komputer riba Surface Laptop Go baharu boleh dibuat mulai hari ini di Malaysia menerusi wakil penjual komersial sah dan peruncit sahnya.

 

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM2,758, Surface Laptop Go menjanjikan keseimbangan sempurna antara gaya, prestasi dan hayat bateri dalam komputer riba Surface yang paling ringan dan termampu setakat ini.

 

aaa

 

Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi Microsoft Malaysia, Michal Golebiewski berkata, pihaknya gembira dapat meluaskan rangkaian peranti Surface yang mantap menerusi pelancaran Surface Laptop Go baharu di Malaysia.  Sama ada perjalanan pengguna melintasi rumah atau merentasi bandar, Surface Laptop Go dirangka untuk memainkan peranan penting bagi memastikan mereka sentiasa terhubung dengan kerja, sekolah dan kehidupan.

 

“Dengan peranti baharu ini, kami memuatkan ciri-ciri yang paling digemari oleh pelanggan komputer riba Surface kami ke dalam reka bentuk lebih kecil dan termampu. Kami mahu mencipta bukan sahaja sesuatu yang anda perlukan, tetapi sesuatu yang anda idamkan. Surface Laptop Go membuktikan komitmen kami untuk mereka bentuk Surface untuk setiap orang, gaya kerja dan lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Surface Laptop Go mempunyai skrin sentuh 12.4” PixelSense yang cantik, pad penjejak jitu yang besar dan papan kunci saiz penuh dengan pergerakan kekunci 1.3mm untuk pengalaman menaip yang tepat dan selesa. Garis bentuk canggih dan terselaras ini dipersembahkan dalam kemasan logam Platinum ringan.

 

aaa

 

Untuk rakam masuk yang pantas dan selamat, model tertentu Surface Laptop Go juga mempunyai Butang Kuasa Cap Jari (Fingerprint Power Button) dengan kaedah rakam masuk Satu Sentuhan (One Touch) menerusi Windows Hello. Pendaftaran masuk Sekali Sentuh (One Touch sign-in) juga menyediakan akses lebih pantas dan selamat kepada fail dalam OneDrive Personal Vault dan banyak lagi, supaya pengguna boleh bermula dengan pantas dan bekerja secara produktif. Surface Laptop Go dipacu oleh pemproses Intel Generasi Ke-10 i5 Quad-Core, dengan RAM sehingga 16GB dan simpanan 256GB. Setiap konfigurasi dioptimumkan untuk prestasi dan hayat bateri.

 

Semua konfigurasi Surface Laptop Go termasuk model peringkat asas terasa cepat dan tampak bergaya, mengambil kesempatan penuh daripada pengalaman hubungan awan seperti Microsoft 365 dan simpanan dalam talian. Berbekalkan hayat bateri sehingga 13 jam serta Pengecasan Pantas, peranti serba canggih ini mampu memenuhi keperluan pengguna sepanjang hari.

 

Sama ada semasa bekerja atau belajar, pengguna kini semakin kerap menggunakan kamera, speaker dan mikrofon berbanding sebelum ini. Surface Laptop Go mempunyai kamera 720p HD sedia terbina dan mikrofon Studio Mics, membolehkan rakan sekelas dan rakan sekerja melihat dan mendengar satu sama lain dengan jelas. Speaker Omnisonic dan Dolby® Audio mengelilingi pengguna dengan bunyi yang luar biasa – sama ada semasa membuat panggilan video, menonton wayang (filem?), mendengar muzik dan banyak lagi. Untuk memudahkan sambungan, terdapat pangkalan USB-A dan USB-C, jak audio dan penyambung bagi Surface.

 

Bagi keluarga, pelajar dan perniagaan yang sedang mencari peranti baharu untuk kegunaan di rumah atau organisasi mereka, Surface Laptop Go membawakan penampilan dan sentuhan Surface serba mewah pada nilai yang hebat. Peranti ini boleh didapati secara umum di Malaysia mulai 24 November 2020.

 

aaa

 

Surface untuk Perniagaan

Peranti Surface untuk Perniagaan menyediakan pengalaman dan ciri khusus yang dibina khas untuk pelanggan komersial termasuk keselamatan gred perusahaan dan kemudahan pengurusan moden terkini dengan Autopilot, Surface Enterprise Management Mode (SEMM) dan Microsoft Intune. Windows 10 Pro merupakan sistem standard dalam peranti Surface untuk Perniagaan, menawarkan keselamatan sedia terbina dan ciri-ciri pengurusan tambahan yang membolehkan pelanggan kami memberi tumpuan menguruskan perniagaan masing-masing.

 

Selain daripada jaminan perkakasan standard, pelanggan Surface untuk Perniagaan boleh menikmati khidmat Advanced Exchange percuma – iaitu perkhidmatan jaminan yang mempercepatkan penggantian peranti, tanpa sebarang kos tambahan. - DagangNews.com

 

Konfigurasi dan Harga Runcit Disyorkan

Rangkaian peranti dan aksesori akan disediakan dalam konfigurasi berikut di Malaysia:

microsoft