MIDF Amanah lancar Dana ESG Mustadamah | DagangNews Skip to main content

MIDF Amanah lancar Dana ESG Mustadamah

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 18 Jun - MIDF Amanah Asset Management Berhad (MIDF Asset Management) harini mengumumkan pealncaran produk ‘Sustainable and Responsible Investment’ (SRI) pertama kumpulan, iaitu Dana ESG Mustadamah (MAEM). 

 

Penyelesaian pelaburan siap sedia itu menggabungkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berdasarkan FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) iaitu indeks syarikat patuh syariah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah, Mohamed Sany Mohamed Zainudin berharap dana itu dapat memenuhi keperluan dan menjadi keutamaan pelabur, lebih daripada sekadar keuntungan kewangan.

 

"Pelancaran MAEM mencerminkan peningkatan selera pengguna untuk melaburkan wang mereka demi masa depan yang lebih lestari untuk Malaysia dan ini membolehkan pelanggan kami membuat pilihan yang lebih berimpak, relevan dan lestari melalui penyelesaian pelaburan baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

‘Mustadamah’ secara asasnya diterjemahkan sebagai keupayaan untuk mengekalkan (ability to sustain) dan dana baharu itu disasarkan untuk mencapai peningkatan modal mampan bagi jangka masa sederhana hingga panjang dengan pelaburan dalam portfolio ekuiti patuh syariah tempatan berdasarkan prinsip pelaburan lestari.

 

Pelaburan berorientasikan ESG semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan didorong peningkatan kesedaran sosial, urus tadbir dan pengguna terhadap kesan yang lebih besar terhadap syarikat serta pelabur. 

 

Tambah MIDF Amanah, pasukan pengurusan menyedari bahawa penerapan ESG yang kukuh dapat melindungi kejayaan jangka masa panjang syarikat.

 

Dalam pada itu, pandemik COVID-19 juga mempercepatkan proses penerapan ESG, termasuklah pembiayaan hijau dan digitalisasi pada polisi pelaburan arus perdana. - DagangNews.com