KUALA LUMPUR 9 Okt. - MISC Bhd. melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Datin Norazah Mohamed Razali dan Mohammad Suhaimi Mohd Yasin sebagai pengarah baharu syarikat berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MISC berkata, ketiga-tiga mereka dilantik sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.
"Abu Huraira, 67, sebelum ini merupakan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Pengarah Eksekutif Pos Malaysia Bhd. manakala Norazah, 50, adalah Lembaga Pengarah Sime Darby Property Bhd. sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.
"Sementara itu, Mohammad Suhaimi, 60, adalah Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Alam Maritim Resources Bhd.," katanya. - DagangNews.com