MITI komited percepat pelaksanaan komitmen pelaburan, perdagangan melalui penubuhan JTPPP - Tengku Zafrul | DagangNews Skip to main content

MITI komited percepat pelaksanaan komitmen pelaburan, perdagangan melalui penubuhan JTPPP - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mempengerusikan mesyuarat pertama JTPPP di Menara MITI pada 16 Oktober 2023. - Gambar Facebook Tengku Zafrul
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Okt - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk memastikan pelaksanaan projek-projek pelaburan dan perdagangan direalisasikan secepat mungkin melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Pelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP).

 

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, JTPPP ditubuhkan secara rasmi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024,

 

Beliau berkata, sehubungan itu fungsi-fungsi utama JTPPP termasuk, memmbentangkan status terkini projek-projek pelaburan dan perdagangan yang telah diumumkan untuk pemantauan.

 

Katanya, ia termasuk menyelesaikan isu serta cabaran yang dihadapi oleh para pelabur dan pengeksport bagi mempercepatkan pelaksanaan komitmen pelaburan langsung asing dan domestik, serta perdagangan antarabangsa.

 

"Fungsi JTPP turut mengesyorkan cadangan mengenai langkah serta strategi yang bersesuaian dalam memudahcara perniagaan, mengurangkan karenah birokrasi dan melancarkan perjalanan pelabur bagi pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi secara pantas dan tuntas.

 

"Ia termasuk menyelaras dan memperkukuhkan kerjasama dengan semua kementerian/agensi di peringkat persekutuan dan negeri dalam menyelaras perkara-perkara berkaitan pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

 

"Selain itu, emastikan kesemua projek pelaburan dan perdagangan strategik serta ikonik adalah selari dan bertepatan dengan dasar-dasar semasa yang berkaitan, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR), dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

zafrul

 

 

Terdahulu, mesyuarat pertama JTPPP dipengerusikan oleh Tengku Zafrul, yang membincangkan kerja-kerja pelaksanaan bagi inisiatif yang diumumkan pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 iaitu Projek Pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV) dan cadangan pembangunan Kerian Integrated Industrial Park (KIIP) bersama Kerajaan Negeri Perak.

 

JTPPP juga membincangkan status terkini pelaburan asing dan domestik yang masih dalam proses pelaksanaan.

 

 

zafrul

 

 

JTPPP bertanggungjawab untuk melaporkan status pelaksanaan projek pelaburan dan perdagangan tersebut kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. - DagangNews.com