Mitsubishi Motors buka pusat 3S pertama di Nilai, bilik pameran ke-59 seluruh Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi Motors buka pusat 3S pertama di Nilai, bilik pameran ke-59 seluruh Malaysia

Pusat 3S Mitsubishi Motors di Nilai, Negeri Sembilan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Jan - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sah Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd membuka pusat 3S Mitsubishi Motors pertama (jualan, servis dan alat ganti) di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

 

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia itu berkata, pengembangan terbaru ini meningkatkan rangkaian pengedar Mitsubishi Motors kepada 59 bilik pameran di seluruh negara.

 

Katanya, ia terletak di Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, Nilai, bilik pameran itu terletak di sepanjang jalan utama Persiaran Korporate, lokasi utama untuk semua pelanggan yang tinggal di dalam kawasan sekitar.

 

"Dengan keluasan binaan seluas 6,400 kaki persegi, Pusat 3S mempersembahkan identiti jenama Mitsubishi Motors dan bekerjasama dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition'.

 

"Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WiFi dan sudut kanak-kanak, outlet itu dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan tiga ruang servis bagi setiap kereta Mitsubishi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, pihaknya berusaha secara progresif ke arah memperkenalkan model Mitsubishi Motors baharu di Malaysia dan terus memajukan pengembangan rangkaian pengedar untuk meningkatkan titik sentuhan pelanggan mereka. 

 

"Melalui langkah strategik ini, kami menyasarkan untuk meliputi lokasi yang belum diterokai dan melanjutkan jualan dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi jenama Mitsubishi.

 

"Ban Lee Heng Motor berada dalam perniagaan automotif sejak 1976, dan sangat berpengalaman dalam industri. Kami mengalu-alukan mereka bersama keluarga dan kami yakin bilik pameran baharu itu akan meningkatkan keterlihatan Mitsubishi Motors di Nilai untuk memberikan pengalaman pemilikan menyenangkan yang melampaui jangkaan," katanya. - DagangNews.com