Mitsubishi XPANDER ditawarkan dalam 2 varian pada harga RM109,980 sehingga 31 Disember | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi XPANDER ditawarkan dalam 2 varian pada harga RM109,980 sehingga 31 Disember

Dari kiri: Ketua pegawai operasi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Ilham Helmi, and Ketua Pegawai Pengarah MMM, Shinya Ikeda
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Sept - Mitsubihshi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, melancarkan Mitsubishi XPANDER yang telah dikemas kini serta menawarkan dua varian dengan anggaran harga pengenalan pada RM109,980 sehingga 31 Disember 2024. 

 

Berbanding dengan XPANDER varian standard yang berharga RM99,980 sebuah, XPANDER yang baharu itu mempunyai ciri-ciri yang membezakannya di pasaran bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

MMM berkata, Mitsubishi XPANDER yang dikemas kini juga dilengkapi dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had bagi kedua-dua varian.

 

"Reka bentuk luaran dan dalaman XPANDER yang telah dipertingkatkan bagi menawarkan pengalaman MPV yang bergaya dan premium kepada pelanggan. 

 

"XPANDER juga menawarkan kabin yang luas dengan panel instrumen yang diukir mendatar.

 

"Akhirnya, prestasi pemanduan telah dipertingkatkan dengan pelepasan tanah yang lebih tinggi iaitu 225mm, memastikan kestabilan di jalan yang kasar. XPANDER dikuasakan oleh enjin petrol MIVEC 1.5 liter yang menghasilkan 105 PS dan tork 141 Nm," ujarnya dalam kenyataan hari ini. 

 

ghgjkgh
Dari kiri ke kanan: Dari Mitsubishi Corporation (MC), Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Automotif ASEAN & Asia Barat Daya, Hashimoto; dari MMM, Ketua Pegawai Operasi, Ilham dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ikeda; dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Pengurus Besar Bahagian, Bahagian ASEAN 2, Hara.

 

Semasa berucap di majlis pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, dengan pengalaman pemanduan seperti SUV seperti XPANDER yang baru dikemas kini akan memenuhi permintaan pelanggan.

 

“Sejak dibuka untuk pengumuman tempahan pada 12 September 2024, Mitsubishi XPANDER telah mendapat sambutan positif,” katanya.

 

MMM kini telah membuka 61 bilik pameran dan 61 perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, di Malaysia Timur pula, MMM mempunyai 16 bilik pameran di Sarawak dan Sabah.

 

Menurut Ikeda, menjelang 2025, MMM merancang untuk membuka empat lagi cawangan, mencapai jumlah keseluruhan 65 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

 

Sebagai sebahagian daripada "Festival Jenama Pandu Ambisi Anda", MMM akan mengadakan pameran bergerak dan acara bilik pameran di seluruh negara, membolehkan pelanggan menerokai ciri dan reka bentuk baharu XPANDER secara langsung. - DagangNews.com