Mohamed Sharil kini Pengarah Pos Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mohamed Sharil kini Pengarah Pos Malaysia

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 12 April - Pos Malaysia Berhad telah melantik Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengarah Bukan Ekekutif Bebas kumpulan berkuatkuasa 13 April 2021. 

 

Pos Malaysia berkata, Mohamed Sharil sebelum ini merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

 

“SKMM juga merupakan pengawal selia bagi industri penghantaran dan kurier mengikut Akta Perkhidmatan Pos 2012.

 

“Perkhidmatannya dengan pengawal selia itu (SKMM) memberikan beliau pengetahuan industri yang luas melibatkan bidang-bidang jalur lebar, internet, e-perdagangan, keselamatan siber, telekomunikasi, penerbangan, produk dan perkhidmatan ICT serta perkhidmatan atau penghantaran laju pos dan kurier selain tandatangan digital,” jelas Pos Malaysia. 

 

Disebabkan latar belakang dan pengalamannya yang luas dalam sektor korporat dan peraturan serta perundangan dan kewangan, pelantikannya akan membawa pelbagai ilmu disiplin kepada lembaga pengarah, tambah Pos Malaysia. - DagangNews.com