Moscow Metro: Big Circle Line menjadi laluan terpanjang di dunia | DagangNews Skip to main content

Moscow Metro: Big Circle Line menjadi laluan terpanjang di dunia

MOSCOW 15 Mac - Pada 1 Mac, Big Circle Line (Bolshaya Koltsevaya), yang direka bentuk untuk mengembangkan dan memodenkan sistem kereta api bawah tanah, khususnya bagi melegakan kesesakan di Circle Line (Koltsevaya Line) dan pada amnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Moscow, akhirnya telah beroperasi sepenuhnya.

 

Big Circle Line mempunyai kepanjangan 70 kilometer dengan 31 stesen dan tiga depot elektrik.

 

Laluan ini merupakan lingkaran kereta api bawah tanah terpanjang yang berjaya dibina dalam masa paling singkat.

 

Bahagian pertama telah dibuka pada 2018, diikuti dengan beberapa bahagian lagi pada 2021, termasuk bahagian metro terpanjang dalam sejarah Moscow, iaitu sepanjang 21 km dengan 10 stesen.

 

Reka bentuk dan penyelesaian kejuruteraan yang unik membolehkan penyepaduan lancar laluan lingkaran kereta api bawah tanah ini ke dalam infrastruktur bandar yang disatukan.

 

Big Circle Line menyepadukan semua laluan jejarian kereta api bawah tanah sedia ada dan yang akan dibina di samping menjadi tempat penukaran kepada kaedah pengangkutan yang lain.

 

Laluan alternatif telah diwujudkan, termasuk 47 sambungan ke laluan lain yang membolehkan penumpang untuk pergi dari satu bandar ke satu bandar tanpa perlu ke pusat stesen untuk menukar laluan.

 

Penyelesaian seni bina yang digunakan adalah konsisten dengan zaman: tradisional dan moden, ringkas dan kompleks, serius dan ironi. Namun DNA kereta api bawah tanah ini, identitinya yang tersendiri, boleh ditemui di semua stesen yang baharu dan yang lama.


 

tnb

 


Semua perkhidmatan berteknologi tinggi Moscow Metro akan tersedia kepada penumpang Line, termasuk cara pembayaran yang paling mudah: sistem tiket Moscow Metro telah diiktiraf sebanyak dua kali sebagai sistem terpintar di dunia oleh Anugerah Pertiketan Pengangkutan antarabangsa yang berprestij (2020, 2021).

 

Setiap lawang putar di Line menerima kad perjalanan dan kad bank, dan dua lawang putar di setiap lobi akan menerima pembayaran biometrik.

 

Big Circle Line juga menonjolkan gerabak berkelengkapan penuh bagi mewujudkan persekitaran selesa untuk penumpang biasa mahupun pelancong.

 

Selain pintu dan laluan antara gerabak yang luas, terdapat juga soket USB untuk mengecas, paparan maklumat serta penyaman udara dengan sistem penyahjangkitan udara.

 

Keselesaan juga tersedia dengan penebat bunyi bising yang telah ditambah baik serta lampu boleh suai yang bertukar warna suhu bergantung pada waktu.


 

tnb

 


Big Circle Line merupakan satu projek yang jelas akan menambah baik kaedah perjalanan bagi semua penduduk dan pengunjung ibu kota ini, menawarkan laluan baharu yang lebih pendek serta penukaran yang lebih cepat, di samping melegakan kesibukan laluan bawah tanah dan jalan raya. Laluan ini diperluaskan sehingga melalui 34 daerah dengan 3.3 juta penduduk - 30% daripada populasi Moscow.

 

Sejumlah 1.2 juta warga Moscow kini mempunyai stesen kereta api bawah tanah pada jarak perjalanan kaki sahaja. Sambungan pengangkutan baharu antara daerah ini akan menjimatkan masa orang ramai sehingga 45 minit setiap hari. – DagangNews.com