KPJ Healthcare bakal buka pejabat perwakilan di Dhaka pada suku ketiga 2024 | DagangNews Skip to main content

KPJ Healthcare bakal buka pejabat perwakilan di Dhaka pada suku ketiga 2024

KPJ Healthcare menyertai Pameran Pendidikan anjuran EMGS di tiga buah bandar di Bangladesh baru-baru ini. - Gambar FB KPH Healthcare
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 8 Mei - KPJ Healthcare Berhad bersedia membuka pejabat perwakilan yang pertama di Dhaka, Bangladesh bagi memudahkan pesakit dari negara itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital Kumpulan KPJ di Malaysia.

 

Jelas Kumpulan KPJ, pembukaan pejabat perwakilan itu dijadualkan pada suku ketiga (3Q) 2024 selaras dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang boleh diakses.

 

"Ini akan membolehkan kami berkongsi maklumat yang tepat untuk pesakit Bangladesh yang ingin mendapatkan rawatan di hospital KPJ di Malaysia.

 

"Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami, hubungi kami melalui WhatsApp di +60 19-324 3208 atau e-mel kami di meditourism@kpjhealth.com.my," katanya menerusi Facebook KPJ Healthcare.

 

kpj
KPJ menawarkan rawatan kesihatan lengkap menerusi rangkaian hospitalnya di seluruh Malaysia. -Gambar hiasan NAIM AZIZ/DagangNews

 

Sementara itu, dalam hantaran berkenaan KPJ Healthcare memaklumkan telah mengambil bahagian dalam Pameran Pendidikan anjuran Education Malaysia Global Services (EMGS) yang berlang di tiga buah bandar utama di Bangladesh meliputi Dhaka, Chittagong dan Sylhet.

 

Menurut KPJ Healthcare, dalam pameran yang berlangsung dari 26 April hingga 2 Mei itu, pihaknya terlibat dengan pelajar dan ibu bapa negara itu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia dengan pada masa sama turut memperkenalkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terkini yang terdapat di hospital Kumpulan KPJ. - DagangNews.com