MoU pengambilan pembantu rumah perlu segera dimeterai - Saravanan | DagangNews Skip to main content

MoU pengambilan pembantu rumah perlu segera dimeterai - Saravanan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Feb - Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah dari Indonesia perlu segera dimeterai.

 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, MoU tersebut akan dimeterai beliau bersama Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah. 

 

Jelasnya, perkara berkaitan MoU telah dibincangkan secara mendalam dalam beberapa siri Mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah kelmarin.

 

"Saya ingin menegaskan bahawa saya dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai matlamat yang sama iaitu melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia di Malaysia. 

 

"Ini terutamanya membabitkan aspek-aspek seperti isu gaji, cuti dan kebajikan pekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

sara
Datuk Seri M. Saravanan (kiri) bersama Ida Fauziyah

 

 

Saravanan menasihati pekerja asing termasuk pembantu rumah tentang kepentingan mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak-hak mereka sebagai pekerja terjamin. - DagangNews.com