MSU, i-City jalin kerjasama strategik pupuk semangat keusahawan pelajar menerusi program Satu Shah Alam, Satu Destinasi | DagangNews Skip to main content

MSU, i-City jalin kerjasama strategik pupuk semangat keusahawan pelajar menerusi program Satu Shah Alam, Satu Destinasi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Nov - Management and Science University (MSU) dan i-City mengumumkan kerjasama strategik menerusi program "Satu Shah Alam, Satu Destinasi" bagi memupuk semangat keusahawanan kepada pelajar universiti itu.

 

Program itu akan menyediakan platform kepada pelajar bidang Hospitaliti dan Seni Kreatif MSU, termasuk mereka yang mempelajari pengurusan spa, pengurusan kecantikan, seni kulinari dan reka bentuk fesyen, untuk mengasah kemahiran keusahawanan.

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, i-City akan menawarkan tempat percuma kepada pelajar MSU bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam proses keusahawanan sehingga Januari 2024.

 

Pelajar-pelajar itu akan memperoleh pengalaman langsung dalam mencipta, memasarkan dan menjual produk dan perkhidmatan mereka.

 

Satu inisiatif menarik yang akan dilaksanakan ialah ‘Charm of Nusantara’, yang dijadualkan pada 25 November 2023.

 

prof
Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid

 

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, acara itu akan menyediakan pelajar reka bentuk fesyen dengan permulaan dalam industri fesyen, selain menganjur serta memasarkan pertunjukan fesyen, pelajar akan berpeluang melibatkan diri dengan pakar industri, alumni MSU, jenama sederhana yang ditubuhkan, pembeli industri dan mentor.

 

"Pendedahan ini akan melengkapkan mereka dengan pandangan khusus terhadap tuntutan industri fesyen, menjadikan mereka serba lengkap bagi meneruskan kerjaya mereka sebagai usahawan fesyen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

prof

 

Selain itu akan turut berlangsung acara MSU Laksa Attack and Beauty Parlour.

 

Sementara itu, Pengerusi i-City, Tan Sri Lim Kim Hong percaya, kerjasama itu berfungsi sebagai program penglibatan sosial yang bermakna, menyediakan platform mampan kepada bakal usahawan.

 

prof

 

"i-City komited menyokong dan menggalakkan lebih banyak projek seperti ini melalui program "Satu Shah Alam, Satu Destinasi".

 

"Kerjasama antara MSU dan i-City ini berjanji menjadi platform kepada bakal usahawan, memberikan mereka alat serta pengalaman diperlukan untuk berjaya dalam industri pilihan mereka," katanya. - DagangNews.com