Mustapa Omar ganti Chamil Wariya sebagai CEO MPI baharu berkuat kuasa hari ini | DagangNews Skip to main content

Mustapa Omar ganti Chamil Wariya sebagai CEO MPI baharu berkuat kuasa hari ini

Datuk Mustapa Omar

KUALA LUMPUR 1 Sept - Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu, berkuat kuasa hari ini. 

 

MPI dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mustapa dibuat bagi menggantikan Datuk Dr Chamil Wariya, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 Jun lepas. 

 

Menurut kenyataan itu, Mustapa mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan dengan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017, dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

 

"Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau (Mustapa), mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI," menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

 

 

CHAMIL
Tempoh perkhidmatan Datuk Dr Chamil Wariya sebagai CEO MPI berakhir pada 30 Jun 2023.

 

 

MPI dalam kenyataan sama, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas sumbang bakti Chamil selama 16 tahun beliau menerajui MPI sebagai CEO. - DagangNews.com