Myra Vista, kediaman praktikal memenuhi gaya hidup belia Melayu | DagangNews Skip to main content

Myra Vista, kediaman praktikal memenuhi gaya hidup belia Melayu

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Bagi memenuhi gaya hidup golongan belia Melayu, pemaju hartanah, Myra melancarkan kediaman praktikal, Myra Vista yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor. 

Myra Vista adalah perbandaran berkepadatan rendah dan pemilikan individu yang dibina di atas tanah rizab Melayu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sekitar RM48,143,000.

Myra menerusi kenyataannya memberitahu, kediaman itu merupakan projek pembangunan kelima di bawah jenama Myra selepas pelancaran Myra Saujana di Putrajaya, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam dan Myra Putra di Desa Pinggiran Putra.

“Ia merangkumi 89 unit rumah teres dua tingkat 20’ x 80’ dengan keluasan binaan antara 1726 - 1766 kaki persegi dan didatangkan dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik mandi. Harga jualannya bermula daripada RM 439,000 dengan bayaran tempahan sebanyak RM500.

myra vista

“Myra Vista menerapkan semua nilai yang boleh mengubah rumah biasa menjadi sebuah sebuah kediaman yang memenuhi keperluan dan kehendak komuniti golongan berkenaan,” kata Myra.

Jelas syarikat itu,  Bandar Baru Salak Tinggi terletak di tengah-tengah kawasan matang dan yang sedang berkembang seperti Kota Warisan, Nilai dan Jenderam Hilir. 

Justeru, pembangunan kediaman tersebut menawarkan pilihan kediaman yang amat sesuai bagi mereka yang bekerja di bandar berhampiran dan dalam masa yang sama mahu mendapatkan rumah mampu milik untuk diri sendiri.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra, Wendy Lim berkata, pihaknya sentiasa merancang produk berdasarkan demografi dan kali ini, Myra Vista disasarkan kepada pasaran Melayu moden.

 

Wendy Lim
Wendy Lim

 

“Kami mengambil kira bagaimana mereka menggunakannya, keperluan mereka dan mempertimbangkan kehendak yang akan dipadankan dengan keutamaan mereka. Bagi kami, kesesuaian menjadi keutamaan, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan produk terbaik bagi pasaran yang disasarkan,” kata Lim menerusi kenyataan sama. 

Dalam pada itu, pembeli rumah Myra Vista juga akan dikecualikan daripada membayar duti setem bagi Memorandum Pindah Milik (MOT) dan pinjaman.

Terletak berhampiran lebuh raya utama seperti ELITE, PLUS, MEX, LEKAS dan SKVE, kawasan berkenaan menyaksikan pertumbuhan yang drastik dalam aspek penawaran aksesibiliti kepada penduduknya. - DagangNews.com