Najib gesa Kementerian Kewangan jelaskan kadar faedah Gopinjam setinggi 36% setahun | DagangNews Skip to main content

Najib gesa Kementerian Kewangan jelaskan kadar faedah Gopinjam setinggi 36% setahun

KUALA LUMPUR 6 April - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Kementerian Kewangan menjelaskan kadar faedah skim pinjaman mikro Touch ‘n Go Group (TNG) yang ditawarkan setinggi 36% setahun.

 

Beliau berkata jika kadar faedah setinggi itu, ia hanya akan membebankan pengguna dari segi kewangan.

 

“Saya harap kementerian kewangan dapat memantau dan menjelaskan mengapa kadar faedah bagi skim pinjaman mikro Gopinjam dengan CIMB Bank boleh berjumlah 36% setahun,” katanya di laman Facebook rasminya.

 

Beliau mempersoalkan jika maklumat yang diberikan oleh TNG adalah tidak betul.

 

Minggu lepas, TNG melancarkan ciri Gopinjam dalam platform e-Dompetnya. Dibangunkan bersama dengan CIMB Bank Bhd, ia menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga setinggi RM10,000.

 

Tempoh pembayaran balik boleh berkisar antara satu minggu hingga satu tahun, tanpa yuran tersembunyi atau caj penyelesaian awal. 


 

najib

 


Menurut laman webnya, kadar faedah berbeza dari 8% hingga 36% setahun, bergantung pada jumlah dan tempoh pinjaman yang diluluskan oleh bank. 

 

Media massa juga telah memaklumkan isu ini kepada Kementerian Kewangan dan menanti reaksi rasmi dari Putrajaya. - DagangNews.com