NanoMalaysia dilantik sebagai agensi pelaksana bagi segmen utama Dasar 4IR Negara | DagangNews Skip to main content

NanoMalaysia dilantik sebagai agensi pelaksana bagi segmen utama Dasar 4IR Negara

PASUKAN jurutera NanoMalaysia sedang memasang enjin elektrik berkuasa hidrogen pada tahun 2020.

 

KUALA LUMPUR 2 Ogos 2021 – NanoMalaysia Berhad (NMB) yang meraikan pencapaian termaju selama 10 tahun sebagai agensi terulung yang diberi mandat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk usaha pengkomersialan nanoteknologi menerusi model pembangun usaha sama.

 

Sebagai kemuncak kepada usaha selama 10 tahun memacu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan nanoteknologi ke arah pengkomersialan, syarikat sekali lagi memainkan peranan penting sebagai salah sebuah agensi pelaksana bagi segmen utama Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, merangkumiBahan dan Teknologi Termaju, Internet Benda Nano, Blok Rantai dan Kecerdasan Buatan.

 

Dua program yang dikendalikan oleh NanoMalaysia – program REVOLUTIoNT dan program Hydrogen EcoNanoMy akan dilancarkan. REVOLUTIoNT akan memudahkan dan mengkomersialkan penghasilan harta intelek, produk dan penyelesaian sistem yang kompleks dan bernilai.

 

Sementara itu Hydrogen EcoNanoMy akan menggunakan teknologi Hidrogen yang dihasilkan di tapak NanoMalaysia bagi mewujudkan Ekosistem Industri Hidrogen Negara untuk sektor tenaga.

 

Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim ketika merasmikan sambutan maya ulang tahun ke-10 yang distrimkan secara maya telah menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan NMB dan mengulas tentang impak yang dibawakan oleh agensi terhadap ekosistem nanoteknologi: “Peranan NMB dalam Dasar 4IR Negara adalah penting dalam memacu Malaysia ke arah mencapai aspirasi Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

 

"4IR yang menjadikan nanoteknologi sebagai salah satu tonggak teknologi utama dijangka akan meningkatkan produktiviti semua sektor sebanyak 30% pada tahun 2030 dan menyumbang kepada peningkatan bilangan pekerja mahir negara serta pengeluaran produk nilai tambah yang lebih tinggi,” kata beliau.

 

Dalam tempoh 2016 – 2020, NanoMalaysia telah melaksanakan 52 projek pembangunan produk; 41 projek peningkatan skala; dan telah menyokong dan menghasilkan campuran 22 buah syarikat usaha sama dan syarikat permulaan.

 

NMB juga berjaya membangunkan 55 Harta Intelek (IP); 25 paten; 17 hak cipta; 4 rahsia perdagangan; 5 tanda perdagangan dan 4 inovasi utiliti yang telah pun difailkan dengan MyIPO; dan mengkomersialkan sebanyak 166 jenis produk.

 

Selain itu, NanoVerify Sdn Bhd (NVSB), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh NanoMalaysia Berhad telah memperakui 118 jenis produk menerusi NANOVerify, program persijilan nano yang pertama dan satu-satunya di Malaysia dengan pengiktirafan dan penerimaan oleh Taiwan Nanotechnology Industry Association (TANIDA).

 

Untuk meluaskan lagi capaian PKS Malaysia dalam ruang teknologi global, NanoMalaysia baru-baru ini telah menandatangani dua perjanjian penting dengan 10000StartupsIndia dan Sabanci University Nanotechnology Research and Application Centre (SUNUM).

 

Kedua-dua perjanjian ini bertujuan meningkatkan capaian PKS Malaysia dan memudahkan penggunaan penyelesaian nanoteknologi yang berdaya saing menerusi program pemindahan teknologi dengan PKS dan PKS mikro dari India dan negara-negara Eropah Timur.

 

 

nano

 

 

Antara kerjasama lain yang telah ditandatangani pada tahun sebelumnya dengan tujuan yang sama termasuklah dengan NanoNextNL (Belanda), NanoCanada, Nanopolis (China) dan Nanotech Center Indonesia.

 

Pengerusi NanoMalaysia Berhad, Profesor Emeritus Dato’ Ir. Dr. Mohamad Zawawi Ismail berkata, perubahan yang disruptif dan termaju telah dapat dicapai dalam sektor PKS dan juga industri.

 

"Antara projek utama yang dilaksanakan bersama-sama dengan rakan industri dan PKS termasuklah skuter elektrik yang boleh dikawal oleh aplikasi mudah alih. Skuter ini dilengkapi dengan NanoSensors yang membolehkan pengawasan dan pemeriksaan kuasa bateri secara jarak jauh. Rekaan ini merupakan contoh terbaik penyatuan 4IR dan Mobiliti Rendah Karbon. Kami juga berjaya membangunkan kain anti bakteria dengan lapisan nanotech untuk kanak-kanak,” katanya.

 

Hasil daripada pencapaian ini, diramalkan peluang pekerjaan bernilai tinggi secara langsung dan tidak langsung masing-masing sebanyak 2,373 dan 11,865 serta potensi sumbangan secara langsung dan tidak langsung masing-masing sebanyak RM3.6 bilion dan RM18 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (PNK) akan dijana dalam masa lima tahun yang akan datang seperti yang telah dikenal pasti oleh industri.

 

Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, sebagai menyokong aspirasi MOSTI ke arah Negara Teknologi Tinggi, NanoMalaysia sedang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar teknologi bagi penyelesaian Tenaga Boleh Diperbaharui dan teknologi komponen Kenderaan Elektronik yang dibangunkan secara tempatan dengan menerajui Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga Nasional; melaksanakan program Hydrogen EcoNanoMY; dan membangunkan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen.

 

"Usaha ini disokong oleh projek Hydrogen-Paired Electric Racecar (HyPER) kami yang menampilkan sistem storan tenaga ion ultra kapasitor litium grafin sel bahan api reaktor hidrogen pemasangan hibrid (H2SS).

 

"Dengan inisiatif yang tertumpu pada teknologi ini dan digabungkan dengan pembangunan rantaian nilai dan bekalan, kami berhasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 10,500 pekerjaan bernilai tinggi secara langsung, dengan kesan limpahan sebanyak 52,500 pekerjaan untuk merangsang ekonomi dan menjana PNK tambahan sebanyak RM 1.7 bilion menjelang tahun 2030,” ujar beliau. - DagangNews.com