Nationwide Express lancar sistem IT, laman web dinaik taraf | DagangNews Skip to main content

Nationwide Express lancar sistem IT, laman web dinaik taraf



SHAH ALAM 5 Mei – Sejak pelancaran sistem IT barunya pada bulan Februari yang lepas, Nationwide Express Courier Services Berhad mengumumkan akan mengembangkan perniagaan e-dagang dengan penjenamaan sistem IT yang dikenali sebagai Nationwide Express Integrated System (NEXIS) dan pelancaran laman web yang baru – www.nationwide.com.my.

 

Dengan mengambil kira rangkaian kurier Nationwide Express yang komprehensif dan luas, Nationwide Express perlu mengadaptasi dan menyesuaikan landskap industri kurier yang terus berubah untuk berada di barisan hadapan industri.

 

Justeru, Nationwide Express telah mula menggantikan beberapa sistem legasi/warisan sejak beberapa bulan yang lepas. Sistem IT yang dibangunkan secara dalaman antara lain menyediakan aplikasi kurier yang dipertingkatkan dan platform B2C yang membolehkan pelanggan melakukan kemas kini
penjejakan secara langsung. Ia juga akan membantu Nationwide Express untuk membuat
analisa terperinci untuk meningkatkan lagi perkhidmatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nationwide Express, Wan Mohamed Den Wan Mohamed Zin berkata, Nationwide Express telah membina jenama kurier yang dipercayai untuk perkhidmatan pantas, cekap dan boleh dipercayai. Pada hari ini, adalah mustahak bagi kami untuk memanfaatkan teknologi untuk keuntungan kami. Sistem legasi/warisan kami tidak dapat mengatasi perubahan permintaan yang pesat.”

 

“Sistem NEXIS diperkenalkan sebagai penyelesaian baru untuk jejak dan kesan perkhidmatan premium Nationwide Express. Masa adalah bertepatan untuk kami melakukan migrasi dan peningkatan dari sistem IT legasi/warisan dan aplikasi individu yang sedia ada.

 

"Penyelesaian terbaru yang diperkenalkan terdiri daripada perisian dan perkakasan baru seperti telefon 
Nationwide Express: Bukan Sekadar Penyelesaian Logistik Penyedia Logistik Terulung Anda – Perkhidmatan Berinovasi Berserta Teknologi Yang Canggih pintar dan dihubungkan dengan sistem sokongan lain dan akhirnya memberikan penyelesaian bersepadu baru di Nationwide Express.”

 

“Sistem ini juga menggabungkan pelbagai aplikasi dan sistem ke dalam sistem jejak dan kesan yang menggunakan teknologi API yang menyediakan platform bersama untuk perkhidmatan premium Nationwide Express menghasilkan proses yang diperkemas kini dengan “Realtime Dashboard”.

 

scania

 

Sistem NEXIS juga akan memberikan maklumat jejak dan kesan masa nyata yang diperlukan oleh pelanggan.”

 

“Initiatif membangunkan aplikasi NEXIS ini diharap akan dapat memperkasakan proses kemaskini penghantaran, dimana ianya dapat memuat naik status penghantaran secara langsung. Ianya juga dapat menjimatkan masa serta kos berbanding sebelum ini.

 

Ia juga merupakan suatu pelan hala tuju transformasi digital yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing di pentas global dengan memantapkan kelancaran dan
kecekapan operasi kita.”

 

Seiring dengan pelancaran penjenamaan sistem NEXIS, Nationwide Express juga telah melancarkan laman web baru – www.nationwide.com.my yang lebih mesra pengguna dan responsif.

scania

 

Menurut Wan Den, pembaharuan laman web ini merupakan salah satu inisiatif penjenaman semula serta mempromosikan jenama Nationwide Express seiring dengan program transformasinya.

 

Oleh itu, Nationwide Express perlu menyediakan medium interaksi yang setanding dengan penyedia perkhidmatan kurier yang lain. Setelah ditambah baik laman web ini membenarkan pengunjung mengetahui kawasan liputan perkhidmatan, menyemak harga setiap produk, mengira sendiri kadar harga kiriman mereka serta seterusnya membuat pesanan di atas talian.

 

Wan Den juga menambah, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran laman web kami yang baru www.nationwide.com.my yang lebih responsif.”

 

“Kami mahu menjadikan laman web baru lebih pantas, lebih mudah dilayari dan lebih mesra pengguna. Kami berusaha untuk memberikan para pelanggan kami maklumat yang paling tepat, terkini dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran kami dalam bidang logistik.”

 

Laman web yang baru telah direka untuk membolehkan orang ramai untuk merasai pengalaman dan mendapat akses maklumat yang lebih terperinci berhubung maklumat Nationwide Express: Bukan Sekadar Penyelesaian Logistik Penyedia Logistik Terulung Anda – Perkhidmatan Berinovasi Berserta Teknologi Yang Canggih korporat, produk serta promosi yang dilakukan oleh Nationwide Express melalui portal
pelanggan yang disediakan.

 

Bersempena dengan pelancaran laman web dan aplikasi NEXIS ini, Nationwide Express turut melancarkan promosi ”Raikan Raya Anda Bersama Nationwide Express” dengan tawaran harga yang menarik untuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia. - DagangNews.com