SHAH ALAM 17 Jan – Pasti tidak ramai yang tahu akan kehadiran sebuah kafe yang menyediakan makanan lazat seperti kari kepala ikan dan patin tempoyak.
Pine Cafe yang terletak di dalam kelab Golf & Country Glenmarie, Shah Alam ini sebenarnya telah beroperasi semenjak pertengahan 2021 lagi.
Pelbagai hidangan lazat ala kampung mahupun western boleh didapati di kafe ini.
Antara yang disyorkan adalah seperti kari kepala ikan, patin tempoyak, daging salai dan ikan kod yang dihidangkan secara set dome.
Setiap set adalah bersesuaian untuk dinikmati oleh 4 ke 6 orang mengikut selera masing-masing.
Bagi peminat makanan barat bolehlah mencuba angus steak, spicy fish & chip ataupun spaghetti yang sering menjadi pilihan pengunjung di Pine Cafe.
Penyediaan masakan di sini diketuai oleh seorang chef terkemuka yang pernah berkhidmat di sebuah restoran besar di Lembah Kelang.
Menurut pemilik kafe iaitu Datuk Mohammad Zuki dan Fairul Nizam, kafe ini juga memberi khidmat mengacarakan majlis-majlis keluarga, perkahwinan, minum petang santai dan lain-lain lagi yang mana bukan sahaja tertakluk untuk ahli kelab, malah terbuka kepada umum.
Terletak bersebelahan padang golf dan kolam renang, pastinya kafe ini mempunyai tarikan tersendiri dalam memberi ketenangan kepada pengunjung sambil menikmati makanan-makanan lazat.
Kafe ini dibuka mulai 11 pagi sehingga 5 petang buat waktu ini dan sedang dalam perancangan untuk melanjutkan waktu operasi, ujar Mohammad Zuki.
Sesiapa yang pernah berkunjung ke sini pasti tidak akan menyesal kerana keenakan serta saiz hidangan yang disediakan adalah sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi Pine Cafe di talian 010-9123732/ 013-9969568 atau melalui instagram dan twitter @pinecafeglenmarie. – DagangNews.com