NIVEA perkenal produk rawatan ala diraja Set Rejimen NIVEA LUMINOUS630 | DagangNews Skip to main content

NIVEA perkenal produk rawatan ala diraja Set Rejimen NIVEA LUMINOUS630

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat Set Rejimen NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum sambil disaksikan Ng Hock Guan di ruang pameran NIVEA di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Sept - NIVEA memeriahkan Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2022 yang ke-17 sebagai rakan penjagaan kulit rasmi untuk acara tersebut. 

 

Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), acara kemuncak pada hari tersebut menyaksikan NIVEA sekali lagi menerima kunjungan hormat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan melawat ruang pameran NIVEA.

 

Rangkaian produk penjagaan kulit NIVEA bukanlah sesuatu yang baru buat Tunku Azizah, yang mana pada tahun 2019 baginda menyentuh hati rakyat Malaysia selepas berkongsi perasaannya menggunakan produk NIVEA.

 

Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, ulasan Tunku Azizah tentang produk NIVEA adalah penghormatan terbesar buat mereka.

 

"Raja Permaisuri Agong berkongsi bahawa baginda telah mengguna produk NIVEA sejak muda lagi. Sebagai jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia, selama lebih dari 100 tahun NIVEA telah membantu ramai orang untuk merasa selesa dengan kulit mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Raja Permaisuri Agong yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali telah dipersembahkan dengan Set Rejimen NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum dengan formula dipertingkatkan. Set eksklusif ini merangkumi Serum Anti Bintik Hitam, Krim Malam dan Krim Rawatan Mata. 

 

Ng berkata, NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum merupakan suatu inovasi cemerlang yang melalui proses penyelidikan selama sedekad, yang mana lebih daripada 50,000 molekul telah diuji untuk menghasilkan bahan aktif terobosan LUMINOUS630 memberikan prestasi 100 kali ganda lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal lain. 

 

 

nivea

 

 

"Ia mampu mengurangkan bintik hitam dalam masa dua minggu tanpa membahayakan kulit. Rejimen NIVEA LUMINOUS630 ini, apabila digunakan bersama akan memberi keberkesanan 10 kali ganda dalam mengurangkan bintik hitam dan menjadikan  kulit lebih cerah dan berseri,” katanya.

 

Tambahnya, LUMINOUS630 yang dipatenkan dan terbukti secara klinikal disokong oleh Institut Dermatologi dan juga diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology (JID) yang tersohor di dunia.

 

 

nivea

 

 

Set Rejimen NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum yang dipersembahkan kepada Tunku Azizah juga boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.

 

Peminat produk kecantikan yang ingin mencuba produk unggul ini boleh terus ke mana-mana cawangan Watsons berhampiran bagi merasakan sendiri rawatan ala diraja.

 

LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum 30ml, Even Tone Night Cream 50ml dan Eye Treatment 15ml kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons dan online di kedai NIVEA Official pada harga runcit yang disyorkan RM143, RM105 dan RM79 (setiap satu). - DagangNews.com