KUALA LUMPUR 19 April - Orang kurang upaya (OKU) dipelawa menyertai program pemasaran digital dan pengurusan kewangan anjuran Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di Ipoh, Perak pada 24-28 Mei 2021.
Menurut satu kenyataan Majlis Belia OKU Malaysia, program ini bertujuan membantu golongan OKU menjana pendapatan dan menguruskan pendapatan hanya di hujung jari iaitu melalui telefom bimbit.
Peserta akan diperkenalkan kepada Aplikasi Yo Bro, Akaun Biz & Kita membina ‘Clan Pasaran’ melalui Aplikasi Kg Digital’ yang bakal digunakan untuk membantu Usahawan OKU menguruskan perniagaan semudah dihujung jari sahaja.
"Sertai Program O’OKU. Semua percuma… Duit tambang pun kami bagi. Apa yang kami mahukan dari Anda adalah komitmen dan semangat untuk berjaya. Jangan tunggu tempat terhad, Ayuh mendaftar segera!!
"Golongan OKU yang berminat boleh mendaftar di pautan ini atau menghubungi 011-1132 2793 Encik Faiz," kata Majlis Belia OKU Malaysia. - DagangNews.com