Orang ramai dilarang guna logo SSM di media sosial, bahan bercetak tanpa kebenaran | DagangNews Skip to main content

Orang ramai dilarang guna logo SSM di media sosial, bahan bercetak tanpa kebenaran

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Feb - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan logo SSM di mana-mana platform termasuk di media sosial dan bahan bercetak, tanpa kebenaran.

 

SSM dalam satu kenyataan di Twitter hari ini memaklumkan, pihaknya mengesan beberapa iklan pinjaman wang di media sosial yang menggunakan logo SSM.

 

Katanya, sebagai sebuah badan berkanun, SSM tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang untuk menggunakan logo SSM.

 

"Mana-mana pihak yang menggunakan logo SSM tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54 Akta Cap Dagangan 2019.

 

"SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan penyalahgunaan logo SSM," katanya.

 

 

SSM
Gambar Twitter @ssmofficialpage

 

 

Menurut SSM, untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada [email protected]. - DagangNews.com