OYO Ultimate Pass: Hanya RM199 untuk 5 malam | DagangNews Skip to main content

OYO Ultimate Pass: Hanya RM199 untuk 5 malam

oyo

KUALA LUMPUR 16 Julai - OYO Hotel & Homes (OYO) menawarkan pakej penginapan lima malam termurah pada harga RM199 menerusi OYO Ultimate Pass khusus bagi tujuan pelacongan domestik.

Ketua Negara Malaysia dan Singapura, OYO Hotel & Homes, Tan Ming Luk berkata, tawaran itu adalah tanda sokongan pihaknya dalam usaha menggalakkan pelancongan domestik negara.

"Tawaran ini bermula sekarang hingga 31 Disember 2020 yang melibatkan lebih daripada 50 hotel di seluruh Malaysia. 

"Sebagai salah satu pemain utama industri pelancongan dan hospitaliti negara, OYO menyokong sepenuhnya kempen Cuti-Cuti Malaysia dan inisiatif lain anjuran Tourism Malaysia serta badan pelancongan negeri. Kami yakin, pelanggan kami akan dapatkan OYO Ultimate Pass dengan tawaran harga mampu milik dan bilik yang bersih di seluruh Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

OYO Malaysia mula beroperasi pada 2013 dan telah membuka rangkaian lebih daripada 75 buah bandar dan kawasan luar bandar termasuk Pantai Timur.

Kini, syarikat perhotelan itu mempunyai 43,000 jumlah hotel secara keseluruhan dan satu juta bilik.

Syarikat tersebut juga menawarkan lebih 130,000 rumah pelancongan di bawah jenama OYO Home, Belvilla, Danland, Dancenter dan beberapa jenama lain.

Di perigkat Global, OYO telah bertapak di 80 buah negara luar seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), India, Jepun dan sebagainya.

OYO Ultimate Pass boleh didapati melalui aplikasi OYO atau terus berhubung dengan OYO Careline atau menerusi aplikasi Boost.

Pembelian juga akan menerima lima kod baucer yang dapat diguna semula untuk menebus satu malam penginapan. - DagangNews.com