KUALA LUMPUR 24 Ogos – Pacific Senior Living (PSL), jenama baharu yang menyediakan pilihan kediaman canggih untuk warga emas yang menawarkan pakej-pakej kehidupan dengan bantuan, kehidupan berdikari dan penjagaan harian, membuat penampilan sulungnya dengan sambutan besar-besaran sempena Hari Warga Emas Sedunia bagi membuktikan komitmen syarikat tersebut dalam usaha mentakrifkan semula konsep penjagaan kehidupan warga emas.
Acara yang diadakan di The Starling Mall itu, dari 16 – 20 Ogos telah menghimpunkan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat untuk meraikan konsep cara kehidupan warga emas sambil mengenengahkan jalinan strategik di antara PSL dengan penyedia penjagaan kesihatan terkemuka, Columbia Asia, untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas di kediamannya.
Kerjasama ini telah berjaya menetapkan standard baharu untuk konsep penjagaan warga emas, memperkasakan warga emas dengan akses kepada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan perubatan, serta memastikan kesejahteraan dan ketenangan minda mereka.
Sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia tahun ini, PSL telah memberi komitmen untuk menjadikan tarikh 21 Ogos setiap tahun sebagai sambutan tahunan dalam memastikan penghargaan dan sumbangan berterusan kepada warga emas.
Dalam usaha menekankan nilai teras PSL, tema untuk sambutan Hari Warga Emas Sedunia tahun ini ialah "Silver Stars". Tema ini akan dikekalkan untuk sambutan yang akan datang dalam usaha membina identiti jenama yang lebih kukuh dan lebih mudah dikenali oleh para pelanggan khususnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn. Bhd., Carl Nicholas Isaac berkata, pelancaran Pacific Senior Living pada Hari Warga Emas Sedunia juga menunjukkan dedikasi syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan penjagaan yang tiada tandingan dan untuk membina pengalaman hidup holistik kepada warga emas demi masa tua mereka.
“Ini juga menandakan bermulanya perjalanan transformatif yang menarik, yang kami mulakan bersama rakan kongsi kami Columbia Asia. Kami akan bersama-sama kekal komited untuk memberikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, memastikan kebolehcapaian dan kecemerlangan melalui jalinan ini," tambahnya.
Para hadirin disajikan dengan jadual aktiviti sepanjang hari yang menarik. Para hadirin juga disajikan dengan pelbagai aktiviti untuk menarik minat warga emas, menggalakkan kemesraan dan ikatan masyarakat. Selain itu, semakan tekanan darah dan pemeriksaan BMI percuma juga disediakan, bagi menggalakkan pemantauan kesihatan yang proaktif dan kesejahteraan mereka.
Acara ini juga menandakan pelancaran awal komuniti warga emas PSL yang sangat dinanti-nantikan, Acacia. Terletak di tengah-tengah bandar raya Diraja Klang, Acacia adalah kediaman warga emas terulung dan perintis PSL di Malaysia.
Direka khas oleh pakar industri, ia akan yang memberi fokus kepada kesejahteraan kehidupan holistik dan gaya hidup yang merangkumi pelbagai manfaat kepada semua. Hartanah yang dibina khas itu terdiri daripada 136 unit dengan tawaran pelbagai pilihan dan tempoh penginapan, memastikan kesesuaian ideal untuk semua.
Kediaman warga emas canggih ini bersedia untuk mentakrifkan semula konsep kehidupan penjagaan warga emas dan menggalakkan semangat kekitaan yang mendalam. Acara itu juga menyediakan platform untuk mempamerkan pelbagai kemudahan dan fasiliti di Acacia yang canggih.
Skrin dan tirai latar yang jelas disediakan untuk memaparkan visual dan melakukan demonstrasi, memberikan tetamu sekilas gambaran tentang ciri-ciri luar biasa yang bakal menanti penduduk Acacia pada masa hadapan. - DagangNews.com