KUALA LUMPUR 3 Feb. - Syarikat elektronik Jepun, Panasonic Corp (Panasonic) mengumumkan keputusan untuk menghentikan penghasilkan dan pengeluaran panel solar.
Susulan itu, NIKKEI Asia memberitahu, memberi pengoperasian salah sebuah kilang penghasilan sel dan panel solar di Malaysia akan dihentikan sepenuhnya pada Mac 2022.
"Panasonic terpaksa menghentikan penghasilan panel solar sendiri disebabkan oleh persaingan harga yang sangat kompetitif dengan pengeluar dari China.
"Tahun lalu, Panasonic juga menghentikan usahasama syarikat dengan pengeluar kereta elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS), Tesla," jelas NIKKEI Asia seperti dilapor Soya Cincau.
Panasonic bagaimanapun akan terus menjual sistem tenaga solar untuk kegunaan perniagaan dan perumahan dan akan menggunakan panel solar yang dihasilkan oleh pengeluar lain.
Syarikat tersebut memulakan perniagaan dalam bidang tenaga solar menerusi pengambilalihan syarikat Sanyo Electric pada tahun 2011.
Rentetan itu, Panasonic menjadi peneraju tenaga solar dengan teknologi Heterojunction (HJT) dan mensasarkan untuk menjadi pengeluar tiga teratas di dunia.
Dengan penamatan Panasonic itu, hanya dua syarikat dari Jepun iaitu Kyocera dan Sharp yang masih aktif menghasilkan panel dan bateri solar sendiri. - DagangNews.com