SHAH ALAM 25 Sept - PLUS Malaysia melancarkan penggunaan teknologi RFID lebuh raya PLUS, khususnya di wilayah utara yang melakukan pembayaran tol menerusi teknologi RFID di plaza tol di Jambatan Pulau Pinang, laluan Sungai Dua-Hutan Kampung dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.
Bagi melancarkan penggunaannya, PLUS Malaysia menyediakan 4 panduan mudah untuk difahami:
#Panduan 1
Sila pastikan Tag RFID dipasang mengikut panduan yang betul, sama ada di lampu hadapan atau cermin hadapan pada bahagian kiri kenderaan untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
#Panduan 2
Sila pastikan Tag RFID didaftarkan mengikut panduan diberi untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
#Panduan 3
Pastikan anda masuk dan keluar menggunakan lorong MyRFID yang betul untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
# Panduan 4
Pastikan baki Touch ‘n Go eWallet sentiasa mencukupi untuk pembayaran tol seterusnya menikmati perjalanan yang lancar ketika melalui plaza tol.
Sila klik pautan https://tngdigital.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tambah nilai eWallet secara automatik.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di [email protected] atau hubungi 03-2714 8888 (waktu operasi 8:00 pagi-8:00 malam, Isnin-Jumaat termasuk cuti umum). - DagangNews.com