Pansar raih kontrak bina jalan di Sarawak bernilai RM67 juta | DagangNews Skip to main content

Pansar raih kontrak bina jalan di Sarawak bernilai RM67 juta

KUALA LUMPUR 14 Okt - Pansar Bhd. memperoleh kontrak pembinaan jalan bernilai RM67.11 juta di Samarahan, Sarawak.

 

Ia menerima surat anugerah daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak bagi projek itu menerusi Perbena Emas Sdn. Bhd.

 

"Kontrak ini bagi menyiapkan baki kerja-kerja pembinaan jalan di Jalan Lubok Teranggas," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Skop bagi kerja-kerja tersebut termasuklah pembinaan dan menyiapkan jalan beserta dua jambatan.

 

Kontrak itu akan mengambil masa selama 30 bulan dan dijangka bermula pada Oktober 2022.

 

Kumpulan menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatannya sepanjang tempoh projek. -DagangNews.com