Teknik pemadatan tanah bantu tingkatkan hasil buah sawit - Pakar Pertanian | DagangNews Skip to main content

Teknik pemadatan tanah bantu tingkatkan hasil buah sawit - Pakar Pertanian

Kerja-kerja pemampatan tanah di ladang kelapa sawit. - Gambar ihsan LKPP Corporation
Oleh Dr. Mohd Hadi Akbar Basri

Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri terbesar menanam pokok kelapa sawit dengan masing-masing memiliki keluasan lebih 1.5 juta hektar. Manakala di Semenanjung dalam julat 760 hektar hingga 756,00 hektar.

 

Industri kelapa sawit adalah antara penyumbang utama ekonomi di Malaysia, dan industri ini sedang mencari pendekatan yang lebih mampan untuk meningkatkan produktiviti.

 

Jadi, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan bagi meningkatkan hasil dalam industri ini. Salah satu pendekatan yang sedang mendapat perhatian untuk meningkatkan produktiviti dan kelestrian ialah ‘soil mounding’ atau pemadatan tanah di kawasan tanah gambut.

 

 

parafrasa

 

 

Di Indonesia, teknik ini telah berjaya meningkatkan hasil dan mengurangkan penggunaan baja serta air. Timbunan tanah di sekeliling pokok kelapa sawit perlu untuk meningkatkan sistem saliran, mengurangkan hakisan, menyokong pertumbuhan pokok dan mengoptimakan pertumbuhan akar.

 

Kajian menunjukkan ‘soil mounding’ di tanah gambut boleh meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) sebanyak 10-20% bagi kawasan yang bermasalah.

 

Bagi ladang di kawasan rendah, meningkatkan ketinggian tanah sangat membantu mengurangkan  risiko tanah terendam, saliran air berlebihan yang baik, mengurangkan kemampatan tanah dan menyediakan persekitaran yang lebih sesuai untuk pertumbuhan akar.

 

 

Dr. Mohd Hadi Akbar Basri
             Dr. Mohd Hadi Akbar Basri

 

 

Teknik ini juga membantu dalam mengekalkan kestabilan tanah, mengurangkan keperluan untuk penambahan bahan organik secara berterusan, dan mengurangkan risiko kebakaran tanah gambut yang disebabkan oleh pengeringan yang berlebihan.

 

Selain meningkatkan hasil dan mengurangkan pelepasan karbon, teknik ‘soil mounding’ menawarkan beberapa faedah tambahan:
 

  1. Pengurangan Risiko Kebakaran:
    Tanah gambut yang kering sangat mudah terbakar, dan kebakaran tanah gambut boleh menyebabkan kerugian besar kepada ladang serta kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Dengan ‘soil mounding’, kelembapan tanah dapat dikekalkan, mengurangkan risiko kebakaran tanah gambut, yang sering terjadi pada musim kemarau.

 

  1. Penambahbaikan Biodiversiti:
    Dengan mengamalkan soil mounding, tanah gambut dapat mengekalkan strukturnya yang semulajadi dan menyokong lebih banyak kehidupan mikroorganisma dalam tanah. Mikroorganisma ini penting untuk penguraian bahan organik dan kitaran nutrien, yang seterusnya menyokong pertumbuhan kelapa sawit yang sihat.

 

 

  1. Peningkatan Kecekapan Penggunaan Baja:
    Teknik ‘soil mounding’ membantu dalam pengekalan nutrien di sekitar zon akar. Ini bermakna baja yang digunakan dalam ladang kelapa sawit akan lebih efisien diserap oleh pokok, mengurangkan keperluan untuk penggunaan baja tambahan dan seterusnya mengurangkan kos operasi serta impak alam sekitar akibat larian baja ke dalam sungai dan sumber air.

 

  1. Penyesuaian Terhadap Perubahan Iklim:
    Tanah gambut adalah ekosistem yang sangat sensitif terhadap perubahan iklim. Dengan teknik ‘soil mounding’, sistem akar pokok kelapa sawit dilindungi dari perubahan ekstrem dalam kelembapan tanah, yang boleh berlaku semasa tempoh hujan lebat atau kemarau panjang. Ini membantu memastikan pokok kelapa sawit tetap produktif walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

 

  1. Pengurusan Air yang Lebih Baik:
    ‘Soil mounding’ membantu dalam pengurusan air di ladang kelapa sawit dengan memudahkan pengaliran air berlebihan semasa musim hujan, sekali gus mengurangkan risiko genangan air yang boleh merosakkan akar pokok. Pada masa yang sama, gundukan tanah ini juga membantu mengekalkan kelembapan tanah semasa musim kemarau, menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan bekalan air di ladang.

 

Walau bagaimanapun, pelaksanaan soil mounding di kawasan tanah gambut memerlukan pelaburan dalam latihan dan peralatan khas, dianggarkan sekitar RM10 untuk satu pokok dan boleh mencapai sehingga RM300 juta untuk skala besar.

 

 

parafrasa

 

parafrasa
Pemampatan tanah dapat dilihat pada `busut' pada batang pokok kelapa sawit. 

 

 

Namun, manfaat ekonomi yang dijangka, termasuk peningkatan hasil dan pengurangan kos pengurusan tanah, boleh memberikan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 60 – 80%.

 

‘Soil mounding’ di tanah gambut mampu meningkatkan kemampanan dan produktiviti dalam industri kelapa sawit memberi banyak manfaat termasuk peningkatan hasil, pengurangan pelepasan karbon, dan pengurusan air yang lebih baik, dan membantu Malaysia menghadapi cabaran yang semakin meningkat dalam industri kelapa sawit global.

 

Sokongan dari pihak kerajaan, penyelidikan berterusan oleh universiti tempatan, dan penglibatan pekebun adalah kunci untuk kejayaan pelaksanaan teknik ini secara meluas. Dengan langkah-langkah ini, Malaysia berpotensi untuk terus menjadi pemimpin dalam pengeluaran kelapa sawit yang mampan di peringkat antarabangsa. - DagangNews.com

 

 

Dr. Mohd Hadi Akbar Basri adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia