Parlimen bersidang 26 Julai-5 Ogos secara hibrid, kata PMO | DagangNews Skip to main content

Parlimen bersidang 26 Julai-5 Ogos secara hibrid, kata PMO

Parlimen Malaysia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

 

Dalam pada itu, persidangan bagi Dewan Negara pula akan diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2021.

 

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat berkenaan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

 

"Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang
dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan keduadua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).

 

"Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

"Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini," jelas PMO lagi. - DagangNews.com