Parlimen bersidang hingga Belanjawan 2021 diputuskan | DagangNews Skip to main content

Parlimen bersidang hingga Belanjawan 2021 diputuskan

 

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat pada hari ini akan ditangguh sehingga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 diputuskan. 

 

Usul itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada awal persidangan Dewan Rakyat.

 

Usul berkenaan telah diluluskan. 

 

“Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12 (1) terdahulu, dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar RUU Perbekalan 2021.

 

“... dan diputuskan bacaan kedua dan usul mengenai anggaran pembangunan,” katanya. 

 

Terdapat baki sembilan kementerian akan menghabiskan sesi penggulungan sebelum pengundian RUU Perbekalan 2021 dilakukan secara belah bahagi.

 

Kementerian-kementerian berkenaan adalah Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Luar; Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; dan Kementerian Kewangan. - DagangNews.com