Pasaran bon Malaysia dijangka terjejas | DagangNews Skip to main content

Pasaran bon Malaysia dijangka terjejas

 

 

 

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Di sebalik kebimbangan mengenai fiskal defisit Malaysia, keluk hasil negara diniagakan menghampiri paras paling rendah bagi tempoh 4 tahun. 

 

Ini memandangkan permintaan daripada dana persaraan dijanga menurun tahun hadapan, justeru, sebarang perubahan pada keluk ini bergantung kecenderungan dana global di tengah-tengah pemulihan pertumbuhan ekonomi yang pacu oleh vaksin COVID-19. 

 

Menurut Bloomberg, bon Malaysia mencatat prestasi terburuk pada suku ini dalam rantau Asia Tenggara selepas Filipina, yang menawarkan keseluruhan pulangan 2.9% kepada pelabur berasaskan dolar AS. 

 

"Perbezaan antara bon Malaysia 3 tahun dan 10 tahun berada pada 82 mata asas, menghampiri 4 tahun tertinggi pada 90 mata asas yang dicapai pada Oktober. 

 

"Walaupun bon tempoh masa pendek meningkat daripada pengurangan kadar penanda aras, tetapi para pelabur telah melepaskan bon jangka panjang di sebalik jangkaan defisit fiskal yang lebih meluas dekad ini pada 2020 iaitu 6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," kata laporan tersebut.

 

Data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bank tempatan merupakan pemegang terbesar bon kerajaan Malaysia dengan hampir satu pertiga daripada sekuriti konvensional dan Islamik setakat akhir September. 

 

Dana persaraan awam negara pula memiliki hampir 30% bon berdaulat manakala dana global pula sekitar suku daripada keseluruhan.  

 

Permintaan bon dari pemberi pinjaman tempatan mungkin merosot tahun hadapan jika bank pusat membenarkan langkah-langkah kelonggaran mudah tunai. 

 

Kecairan bank setakat ini telah dirangsang sehingga 100 mata asas kepada keperluang rizab berkanun (SRR) pada Mac, termasuk kelonggran terhadap aset yang bersesuaian dengan SRR pada Mei. 

 

Ini membolehkan bank menggunakan bon kerajaan untuk memenuhi keperluan rizab. Langkah kelonggaran ini dijangka tamat pada Mei 2021. 

 

Dalam masa sama, kecenderungan terhadap dana persaraan pula dilihat stabil setakat ini tetapi sebarang langkah lanjutan pada tahun hadapan dilihat kurang menentu dengan sebahagiannya disebabkan langkah-langkah yang memberi kesan kepada aliran tunai. 

 

Di bawah Belanjawan 2021, kerajaan memberi kelonggaran kepada 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pengeluaran Akaun 1 sehingga RM10,000. Selain itu, potongan pencarum kepada dana itu juga dikurangkan. 

 

Pakar Strategi di DBS Group Holdings Ltd. berpangkalan di Singapura, Duncan Tan berkata, permintaan KWSP terhadap bon kerajaan Malaysia mnungkin kekal lemah dan pegangannya dijangka menurun pada 2021. 

 

"Dinamik permintaan penawaran pasaran bon Malaysia mungkin kurang menyerlah pada 2021 dengan terbitan terus meningkat berbanding sebelum pandemik," katanya. 

 

Malaysia turut menyaksikan aliran masuk bersih bon asing tahun ini manakala Indonesia dan Thailand pula berdepan aliran keluar bersih. 

 

Setakat ini, aliran masuk asing mencecah AS$2.7 trilion tetapi sebahagian besar aliran global ketika ini menguntungkan bon jangka pendek kerana pelabur berada di kedudukan lebih awal daripada pengurangan kadar faedah bank pusat. 

 

Walaupun pengurangan perbelanjaan dijangka menurun 5.4% daripada KDNK pada 2021, namun ia membantu meredakan kebimbangan lebihan penawaran dan permintaan daripada pelabur asing yang turut memainkan peranan penting dalam menyokong keluk berdaulat yang lebih tinggi pada tahun hadapan. - DagangNews.com