Pasca COVID-19: Transasia Property tawar peluang kerja hartanah | DagangNews Skip to main content

Pasca COVID-19: Transasia Property tawar peluang kerja hartanah

Oleh JOHARDY IBRAHIM
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 17 Sept. -  Agensi hartanah, Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. membuka peluang kerjaya pasca COVID-19 dalam bidang berkenaan bagi membantu individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik itu.

Ketua Agensinya, Muhamad Rais Yeop Johari berkata, pengambilan itu adalah usaha bagi membantu mereka yang hilang punca pendapatan dan ingin meneroka bidang baharu dalam hartanah di negara ini.

aaa
              MUHAMAD RAIS


"Pada suku ketiga tahun ini dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa terbaik untuk golongan ini mendapat pekerjaan.

"Sasaran kita dalam tempoh PKPP ini ialah membantu usaha kerajaan untuk bersama-sama menggerakkan ekonomi domestik dalam bidang ini," katanya di sini semalam.

Menurut Muhamad Rais, mereka yang terpilih akan diberi latihan dan kursus bagi memahami dunia baharu yang bakal diceburi.

"Ini adalah satu daripada alternatif dan usaha kami memberi peluang kepada mereka yang tiada pekerjaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan mereka dan seterusnya memulihkan ekonomi negara," ujarnya.

Beliau berkata, sesi taklimat kerjaya itu dibuat di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan di Seremban, Negeri Sembilan pada 3 dan 17 Oktober ini.

Orang ramai yang berminat boleh melayari Facebook Page: Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. Kuala Lumpur dan menghantar e-mel [email protected]  atau hubungi di 03-7732 2660, 012-26999053 & 017-4198264. - DagangNews.com