Pegawai Sunway Group sertai Gamuda Land sebagai Pengurus Besar penjenamaan | DagangNews Skip to main content

Pegawai Sunway Group sertai Gamuda Land sebagai Pengurus Besar penjenamaan

Gamudaland

KUALA LUMPUR 1 Julai – Gamuda Land melantik Yuen Chee Meng sebagai Pengurus Besar Penjenamaan Korporat dan Komunikasi bagi melindungi, menentukan hala tuju dan mempromosikan jenama syarikat pemaju hartanah itu.

Di dalam peranan barunya ini, Yuen akan mengekalkan integriti jenama ke seluruh penjenamaan Gamuda Land dan inisiatif komunikasi termasuk penjenamaan perbandaran Gamuda Land. Beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Ngan Chee Meng.

Yuen Chee Meng
Yuen Chee Meng

Sebelum pelantikan itu, Yuen merupakan penolong pengurus besar pemasaran jenama dan komunikasi Sunway Group dan pernah memegang peranan pengurus kanan bagi pemasaran korporat di Eco World.

Di dalam kenyataan kenyataan kepada A+M, jurucakap Sunway Group berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terhadap Yuen.

``Sepanjang tempoh perkhidmatannya lebih dua tahun bersama Sunway, Yuen telah menyumbang ke arah meneguhkan jenama Sunway menerusi pelbagai kempen tempatan dan antarabangsa yang berjaya.”

Antara senarai projek di bawah Gamuda Land ialah Horizon Hills, Kota Kemuning, Bandar Botanic, Jade Hills dan Valencia. Projek perbandaran terbaharunya ialah Gamuda Cove di selatan Lembah Klang, Gamuda Gardens dan twentyfive.7. Ia juga mempunyai projek di luar negara iaitu Singapura, Vietnam dan Australia.

Pada April lalu, Gamuda Land bekerjasama dengan Shopee bagi membolehkan pengguna melayari aplikasi e-dagang itu dan membeli hartanah terpilih Gamuda Land menerusinya. Pengguna boleh bercakap dengan wakil Gamuda Land secara langsung untuk maklumat hartanah serta terma dan syarat promosi sebelum membuat keputusan membeli. – DagangNews.com