Pelan perlindungan kediaman Takaful Ikhlas kini dalam talian | DagangNews Skip to main content

Pelan perlindungan kediaman Takaful Ikhlas kini dalam talian

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sempena Minggu Saham Digital (MSD) 2020, Takaful Ikhlas General Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, telah memperkenalkan pelan takaful dalam talian iaitu IKHLAS Home Protect Takaful (IKHLAS Home Protect).

 

IKHLAS Home Protect adalah pelan perlindungan komprehensif dan ideal yang memberikan perlindungan lengkap untuk kediaman serta isi rumah daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan, dan limpahan tangki air.

 

Di samping itu, IKHLAS Home Protect juga memberi perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat banjir pada kediaman dan isi rumah peserta.

 

“Selaras dengan matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, mudah dan pantas kepada orang ramai, pelan perlindungan IKHLAS Home Protect kini boleh didapati secara dalam talian.

 

“Sebelum ini, IKHLAS Home Protect hanya dipromosikan melalui ejen takaful, kaunter cawangan Takaful IKHLAS serta saluran e-mel Salam IKHLAS. Kini pelan perlindungan takaful rumah yang komprehensif ini boleh diakses dihujung jari bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya dengan selamat.” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin (gambar atas).

 

Pelan perlindungan itu menyediakan manfaat tambahan ke atas bangunan kediaman yang meliputi tunai pendahuluan, bantuan pembiayaan kediaman dan kerosakan kepada cermin kaca serta isi rumah yang merangkumi perlindungan harta di kawasan kediaman, kehilangan wang, kebakaran belukar dan lalang serta kerosakan harta benda akibat pokok tumbang atau ranting dan lain-lain.

 

Menurut Eddy Azly, selain daripada menyediakan perlindungan yang komprehensif untuk kediaman dan isi rumah, IKHLAS Home Protect juga dapat memberi pulangan lebihan (jika ada), sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap sijil.

 

Dalam pada itu, peserta juga mendapat manfaat IKHLAS Wakaf dan Endowmen (IWE).

 

Melalui IWE, Takaful IKHLAS akan memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

 

Sempena MSD, orang ramai boleh melanggan pelan perlindungan IKHLAS Home Protect Takaful secara dalam talian di www.takaful-ikhlas.com.my dengan rebat sebanyak 15%.

 

Orang ramai yang mendapatkan produk-produk Takaful IKHLAS sepanjang tempoh MSD juga berpeluang menyertai Cabutan Rezeki IKHLAS dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan. – DagangNews.com