Pelitawanis TNB sumbang mesin dialisis kepada Pusat Rawatan Dialisis Puteri Zulaikha | DagangNews Skip to main content

Pelitawanis TNB sumbang mesin dialisis kepada Pusat Rawatan Dialisis Puteri Zulaikha

Aidah Abu menyampaikan sumbangan cenderamata kepada pesakit di Pusat Rawatan Dialisis Puteri Zulaikha, Kuala Terengganu.

Aidah Abu menyampaikan sumbangan cenderamata kepada pesakit di Pusat Rawatan Dialisis Puteri Zulaikha, Kuala Terengganu.

 

 

PRIHATIN - Yang Dipertua Persatuan Wanita (Pelitawanis) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datin Seri Aidah Abu menyampaikan sumbangan cenderamata kepada pesakit di Pusat Rawatan Dialisis Puteri Zulaikha, Kuala Terengganu.

Cenderamata itu disampaikan selepas pihaknya menyumbang sebuah mesin dialisis kepada pusat berkenaan pada 28 September lalu.

Sehingga hari ini, sebanyak 21 buah mesin dialisis telah disumbangkan oleh Pelitawanis kepada pusat dan institut kesihatan di Semenanjung dan Sabah.

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan dana Majlis Makan Malam Amal Pelitawanis yang dianggotai lebih 6,900 wanita terdiri daripada warga kerja, pesara, isteri dan balu kepada kakitangan TNB.

Sepanjang tempoh kemuncak pandemik COVID-19 yang lalu, Pelitawanis TNB mengumpulkan lebih RM1 juta bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan. - DagangNews.com