Pembantu jualan menang peraduan MR D.I.Y, bawa pulang Thermomix TM6 | DagangNews Skip to main content

Pembantu jualan menang peraduan MR D.I.Y, bawa pulang Thermomix TM6

Nurul Salmie Hanafi (kanan) menerima hadiah Thermomix TM6 daripada Alex Goh menerusi peraduan MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Feb - Seorang pembantu jualan, Nurul Salmie Hanafi berjaya memenangi hadiah perkakas masakan pintar, Thermomix TM6 menerusi peraduan MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang.

 

Pemuda berusia 29 tahun dari Pantai Dalam itu berkata, rezeki memihaknya kali ini selepas beberapa kali menyertai peraduan tersebut. 

 

"Ini merupakan impian saya untuk memiliki Thermomix dan tidak sabar untuk memasak hidangan menyelerakan untuk keluarga saya. Pada masa ini, hadiah masih elok berbungkus di dalam kotak, saya tidak sabar untuk menggunakannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pihaknya sentiasa mencari cara baharu untuk memberi ganjaran kepada pelanggan. 

 

"Ini adalah kali keempat kami bekerjasama dengan P&G dalam peraduan ‘Beli & Menang’ dan setiap kali peraduan, hadiah lebih besar dan menarik ditawarkan. Kami menjangkakan lebih banyak lagi peraduan seperti ini," katanya.

 

Peraduan itu menyaksikan lebih 500 pelanggan bertuah membawa pulang hadiah bernilai lebih RM80,000.

 

Tiga pemenang hadiah kedua telah memenangi iPhone 13 Pro setiap satu, manakala tiga pemenang hadiah ketiga masing-masing menerima televisyen pintar 4K Ultra HD 55 inci. 


Selain itu, tiga pemenang hadiah keempat masing-masing membawa pulang kerusi TTRAcing SWIFT, manakala 500 lagi pembeli bertuah masing-masing menerima hadiah saguhati RM100 dalam bentuk baucar tunai untuk membeli barangan di MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR.

 

 

mrdiy

 

 

MR D.I.Y. x Peraduan P&G Beli & Menang edisi ke-4 telah berlangsung di seluruh negara dari 1 hingga 31 Oktober 2021, untuk para pelanggan di cawangan peruncit dan dalam talian. 

 

Edisi kelima peraduan tersebut sedang berlangsung bermula sekarang dari 15 Januari hingga 28 Februari 2022.

 

Untuk senarai penuh pemenang, sila layari Facebook rasmi MR D.I.Y., https://www.facebook.com/mrdiy2u/posts/3157693101117779. - DagangNews.com