Pembeli rumah bertuah dapat ganjaran tunai, pakej percutian menerusi kempen SP Setia | DagangNews Skip to main content

Pembeli rumah bertuah dapat ganjaran tunai, pakej percutian menerusi kempen SP Setia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mac - SP Setia mengumumkan pemenang untuk kempen SetiaCation dan Ganjaran Akhir Tahun dengan hadiah bernilai lebih RM800,000, baru-baru ini.

 

SP Setia dalam kenyataan berkata, kempen SetiaCation memberi ganjaran kepada lebih 500 pembeli rumah yang membeli hartanah SP Setia dari 16 Ogos hingga 31 Disember 2022 dengan jaminan penginapan tiga hari dua malam di Amari Kuala Lumpur, Amari SPICE Pulau Pinang atau Amari Johor Bahru. 

 

Daripada jumlah itu katanya, sembilan pembeli rumah terpilih turut memenangi percutian ke hotel Amari di Maldives, Phuket, Bangkok, Krabi dan Laos.

 

"Selain itu, kempen Ganjaran Akhir Tahun, yang diadakan sempena kemenangan ke-14 SP Setia sebagai Pemaju Hartanah No.1 Anugerah Pembangun Hartanah Terbaik The Edge Malaysia pada 2022, terdiri daripada ganjaran wang tunai untuk sejumlah 14 pemenang, termasuk tujuh ahli Warga Setia sedia ada dan tujuh pembeli rumah .

 

Tambah kenyataan itu, kedua-dua kempen ganjaran itu dianjurkan dengan objektif untuk memberi ganjaran kepada pembeli rumah Citizen Setia dan mempromosikan projek SP Setia, sambil menampilkan hotel Amari Kuala Lumpur dan Amari SPICE Pulau Pinang di S P Setia yang mula beroperasi pada September tahun lepas.

 

Katanya, pemenang kempen SetiaCation menerima hadiah utama perjalanan 4 hari ke 3 malam ke Amari Havodda Maldives. 

 

 

spsetia

 

 

"Hadiah utama Ganjaran Akhir Tahun bagi pembeli sedia ada bernilai RM68,888, manakala pemenang hadiah utama bagi kategori pembeli baharu membawa pulang ganjaran wang tunai bernilai RM118,888," katanya. - DagangNews.com