KUALA LUMPUR 14 Julai – CapBay, platform Pembiayaan Rantaian Bekalan Berbilang Bank dan Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) Malaysia, telah mencapai pencapaian signifikan dengan menyediakan lebih RM1 bilion kepada lebih 400 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan.
Pencapaian ini adalah hasil kejayaan pembiayaan melalui 7,600 nota pelaburan, menggariskan komitmen CapBay untuk memperkasakan PKS dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik kepada bakal pelabur.
Dengan kadar keingkaran pembayaran kurang daripada 0.1%, CapBay P2P menetapkan piawaian baharu untuk pengurusan risiko dalam landskap pelaburan alternatif. Para pelabur boleh menaruh kepercayaan kepada rekod platform ini untuk melindungi kepentingan mereka sambil menikmati pulangan bersih (selepas yuran) sehingga 10% setahun.
Prestasi luar biasa ini menyerlahkan dedikasi CapBay untuk mencabar persepsi bahawa pelaburan alternatif terlalu berisiko untuk pelabur runcit biasa.
Kejayaan CapBay P2P boleh dikaitkan kepada teknologi canggih dan model kredit proprietarinya, yang memanfaatkan AI (kecerdasan buatan) untuk menilai keupayaan pembayaran balik PKS berdasarkan rangkaian komprehensif titik data tradisional dan bukan tradisional.
Dengan menggunakan algoritma inovatif, CapBay membolehkan pembiayaan untuk PKS berkepercayaan kredit yang sukar untuk mendapatkan pembiayaan daripada sumber tradisional.
Tambahan pula, CapBay telah membangunkan ciri Pelaburan Auto (Auto Invest) yang mempelbagaikan portfolio pelabur secara automatik, meningkatkan keselamatan pelaburan P2P dan memastikan pulangan yang sihat.
Sebagai pakar pembiayaan rantaian bekalan (supply-chain financing – SCF) yang memenangi anugerah, CapBay menawarkan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan kepada PKS dalam pelbagai industri.
Dengan mendalami masalah dan keperluan industri, CapBay dengan secara berkesannya menangani keperluan PKS di seluruh Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan.
Kumpulan CapBay, yang merangkumi platform berbilang bank pembiayaan rantaian bekalan dan pusat pemfaktoran Islam, telah menyediakan lebih RM2.5 bilion dalam pembiayaan, membantu lebih 1,600 perniagaan melalui penyelesaian pembiayaan alternatifnya.
Perjalanan menuju pencapaian yang luar biasa ini telah ditandai dengan pertumbuhan yang konsisten dan komitmen terhadap penyelesaian yang dipacu teknologi.
Proses pendanaan CapBay yang dipercepatkan, ketelusan yang lebih baik dan kecekapan yang dipertingkatkan telah menanamkan keyakinan kepada para pelabur dan perniagaan. Dengan memudahkan dan mempercepatkan akses kepada dana, CapBay telah merevolusikan proses pembiayaan, menjadikannya lebih mudah diakses dan cekap.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian, yang menzahirkan rasa bangganya dengan pencapaian syarikat berkata, "Pertumbuhan luar biasa kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah meletakkan CapBay P2P sebagai peneraju dalam arena P2P di Malaysia.
“Bersama pasukan berbakat kami serta sokongan para pelabur yang tidak berbelah bahagi, kami akan terus menembus sempadan, membuka peluang baharu dan mendaki ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau.
Menyedari kepentingan pembiayaan alternatif dalam ekonomi Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM40 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF) sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2023.
Komitmen ini menunjukkan sokongan kerajaan terhadap pertumbuhan industri pembiayaan P2P dan model pembiayaan alternatif lain di negara ini. CapBay adalah salah satu platform P2P utama yang membantu memacu program MyCIF yang secara kolektif telah melabur lebih RM540 juta, memanfaatkan sekurang-kurangnya 3,500 PKS di Malaysia.
Pengerusi CapBay, Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, “Dengan mengambil kesempatan ke atas kepakaran teknologi, CapBay telah memperkasakan perniagaan untuk mengatasi cabaran pembiayaan dan seterusnya berkembang dalam dunia pasca pandemik.
“Lebih 70% daripada pembiayaan kami menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kami bukan sahaja memacu perubahan positif tetapi juga membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat,” kata beliau.
Prestasi luar biasa CapBay dan pertumbuhan teguh menunjukkan bahawa industri pembiayaan P2P di Malaysia akan meneruskan trajektori menaiknya. Dengan meningkatnya permintaan untuk pilihan pembiayaan alternatif serta inisiatif kerajaan dalam memacu pertumbuhan industri, CapBay bersedia untuk membuka lebih banyak lagi potensi di rantau ini.
Untuk memenuhi visinya sebagai pemboleh teknologi di Asia Tenggara, CapBay berhasrat untuk merapatkan jurang pembiayaan bagi PKS yang kurang mendapat perkhidmatan serta mengembangkan operasinya ke seluruh Asia Tenggara setelah menubuhkan pejabat di Singapura dan Thailand pada tahun ini.
Selain itu, CapBay juga sedang giat meneruskan usaha sama, penggabungan dan pengambilalihan dengan pemain-pemain utama sepanjang rantaian nilai untuk mengukuhkan dirinya sebagai platform saluran pelbagai yang dominan yang menawarkan pembiayaan rantaian bekalan serantau yang sinergi, perkhidmatan kewangan holistik dan juga penyelesaian data dan teknologi.
Pencapaian luar biasa dan aspirasi masa depan CapBay menjadikannya satu peluang menarik untuk pelabur berpotensi yang mencari platform pelaburan P2P berinovatif yang boleh dipercayai.
Sila layari https://capbay.com/invest/ untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada masa depan CapBay yang menarik. - DagangNews.com