Pemerkasa Plus bantu PKS hadapi tempoh sukar | DagangNews Skip to main content

Pemerkasa Plus bantu PKS hadapi tempoh sukar

Mas Ermieyati

Mas Ermieyati 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Jun - Program bantuan Pemerkasa Plus yang merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bakal meredakan cabaran golongan rentan menghadapi tempoh kesukaran selain memperkukuh sektor kesihatan awam.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bantuan yang berjumlah RM40 bilion dengan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memahami denyut nadi usahawan PKS.

 

"Dengan pengumuman tambahan ini, diharapkan dapat membantu para usahawan PKS untuk menghadapi kesukaran yang dihadapi.

 

"MEDAC akan terus membantu para usahawan untuk memastikan kelangsungan perniagaan usahawan PKS," katanya dalam satu kenyataan.


 

Berikut adalah manfaat menerusi Pemerkasa Plus kepada usahawan PKS;

  1. Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan yang akan dilaksanakan dan bakal memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.
  2. Pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP yang ditambah sebanyak RM500  kepada RM1,500 yang melibatkan hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro.
  3. Pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion  disediakan bagi oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
  4. Institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dengan penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS.
  5. Memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa. 

 

Dalam kenyataan yang sama, beliau memberitahu, keputusan jemaah menteri untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun untuk di sumbangkan ke Akaun Amanah Bencana Negara adalah sebagai solidariti kerajaan dan kepimpinan Perikatan Nasional bersama-sama rakyat dalam perang melawan COVID-19. 

 

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah prihatin kerajaan dalam membantu mereka yang terkesan akibat penularan virus berkenaan. - DagangNews.com