Penarafan bank-bank di Malaysia dinaikkan kepada 'overweight' | DagangNews Skip to main content

Penarafan bank-bank di Malaysia dinaikkan kepada 'overweight'

Bank

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 Sept. - CGS-CIMB Research menaikkan penarafan bank-bank di Malaysia daripada Neutral kepada 'overweight'.

CGS-CIMB Research berkata, penarafan tersebut dinaikkan berdasarkan kepada ramalan pemulihan bank-bank di Malaysia pada separuh kedua 2020.

"Banyak berita buruk yang mempengaruhi pendapatan bank pada 2020. Ini ditunjukkan dalam prestasi tahun kewangan semasa (YTD) yang rendah KLFIN berbanding KLCI sebanyak 15%.

"Kami berpendapat bahawa keuntungan bersih yang dilaporkan bank mungkin telah menurun pada suku kedua 2020 dan akan pulih pada separuh kedua 2020," jelas 
CGS-CIMB Research.

Tambah CGS-CIMB Research, pihaknya menjangkakan keuntungan bersih projek bank meningkat 14.7% pada 2021 berbanding -18.7% pada tahun 2020.

Jangkaan yang dibuat CGS-CIMB itu dinilai berdasarkan kepada tiga sebab utama iaitu;

  • Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) yang akan menstabilkan margin faedah bersih (NIM)
  • Peruntukan kerugian pinjaman (LLP) menurun pada tahun 2021 disebabkan oleh peruntukan COVID-19 pada 2020
  • Pemulihan dalam pinjaman yang didorong oleh pertumbuhan KDNK 7.5% pada tahun kewangan 2021


Jelas CGS-CIMB Research lagi, sektor perbankan mempunyai risiko penurunan yang terhad kerana sektor berkenaan didagangkan pada CY20FP/BV hanya 1X dan menawarkan hasil dividen sebanyak 4.8% untuk tahun semasa pada 2021.

Perkembangan yang lebih positif dijangka akan dicatatkan oleh bank-bank di bawah seliaan CGS-CIMB.

"Kami jangkakan bank-bank yang kami selia akan mencatatkan kenaikan 14.7% dalam jumlah keuntungan bersih selain kenaikan 3.7% dalam pendapatan faedah bersih.

"Kami turut menjangkakan penurunan 23.4% dalam jumlah peruntukan kerugian pinjaman (LLP) berbanding kenaikan sebanyak 86.9% pada 2020.

"Hasil dividen bank turut dijangka meningkat daripada 3.2% pada 2020 kepada 4.8% pada tahun kewangan 2021," jelas CGS-CIMB Research. - DagangNews.com