KUALA LUMPUR 2 Julai – Affin Bank Berhad mengumumkan penganjuran Anugerah AFFIN INVIKTA Bersama Malaysia’s Top 30 Women of Excellence buat julung-julung kalinya yang bakal berlangsung pada September 2024.
Majlis anugerah itu akan diadakan di Menara AFFIN @ TRX untuk meraikan kejayaan wanita Malaysia yang cemerlang dalam bidang kepimpinan dan inovasi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata “AFFIN berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Malaysia’s Top 30 Women of Excellence 2024.”
Menurut kenyataan media, beliau tekankan inisiatif AFFINGEM, SME Colony, dan Affinita yang memperkasakan wanita dalam kepimpinan dan inovasi.
Anugerah itu menilai pencapaian profesional, kepimpinan, penglibatan komuniti, impak sosial, inovasi dan keusahawanan.
Pengarah Top 30 Media, Alvin Sinclair berkata “Tujuan program ini adalah untuk meraikan sumbangan wanita yang memberi inspirasi kepada orang lain melalui kepimpinan dan kecemerlangan mereka.”
Pencalonan kini boleh dihantar melalui www.top30womenawards.com.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 2 Ogos 2024.
AFFIN INVIKTA meupakan segmen bank untuk pelanggan mewah di Malaysia.
AFFINGEM adalah skim pembiayaan baharu khas untuk membantu usahawan dan peniaga wanita.
SME Colony adalah aplikasi mudah alih yang didedikasikan untuk membantu PKS memperbaiki pengetahuan perniagaan, meningkatkan kesejahteraan kewangan, dan memperluas rangkaian komersial.
Affinita adalah program pemerolehan gadai janji untuk memenuhi keperluan rumah dengan menawarkan diskaun, keistimewaan dan manfaat lain.- DagangNews.com