Pendeposit TH boleh kemaskini maklumat peribadi secara dalam talian menerusi aplikasi THiJARI | DagangNews Skip to main content

Pendeposit TH boleh kemaskini maklumat peribadi secara dalam talian menerusi aplikasi THiJARI

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Dis - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh mengemaskini maklumat peribadi mereka secara dalam talian menerusi aplikasi THiJARI tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan. 

 

Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan Menanggung Kerja Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab, pihaknya telah menambah baik platform digital supaya pendeposit dapat mengemaskini maklumat peribadi secara dalam talian agar maklumat pendeposit sentiasa terkini dan memudahkan urusan mereka pada masa hadapan. 

 

Katanya, pendeposit kini dapat mengemaskini maklumat peribadi seperti gelaran, emel, alamat tetap dan surat menyurat, nombor telefon rumah dan pejabat, status perkahwinan, nombor akaun bank dan lain-lain yang boleh dirujuk di laman web TH.

 

"Kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda, pendeposit lebih memilih untuk berurusan secara dalam talian termasuk menggunakan aplikasi THiJARI. 

 

"Namun begitu, sekiranya pendeposit mahu mengemaskini nombor telefon bimbit berdaftar, mereka hendaklah hadir ke cawangan TH berdekatan kerana ia adalah selaras dengan polisi Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) bagi tujuan pengesahan diri.

 

"Bagaimanapun, keutamaan giliran diberikan kepada pendeposit untuk mendaftar nombor telefon di Cawangan TH seluruh negara,” katanya. 

 

Sehingga kini, THiJARI telah merekodkan purata 50 ribu transaksi sehari dan sebanyak 1.5 juta transaksi sebulan, melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian. - DagangNews.com