Penduduk di Simpang Pulai cemas rumah dilanda tanah runtuh semasa hujan lebat | DagangNews Skip to main content

Penduduk di Simpang Pulai cemas rumah dilanda tanah runtuh semasa hujan lebat

oleh ZAKI SALLEH

IPOH 17 Nov - Beberapa rumah penduduk Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini rosak akibat kejadian tanah runtuh malam tadi.

 

Bagaimana pun tiada kecederaan pada penduduk dilaporkan.

 

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.05 malam.

 

Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerah ke lokasi bagi kerja menyelamat.

 

 

zaki

 

zaki

 

 

"Runtuhan tanah yang berlaku pada sebelah petang telah menyebabkan sebahagian rumah penduduk tertimbus.

 

"Penduduk dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan selamat sehingga keadaan pulih," ujar kenyataan itu.

 

Susulan kejadian itu pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut manakala pemantauan berterusan masih dilakukan bomba

 

Di Sungkai, hujan lebat berterusan pada petang semalam mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang termasuk menghempap rumah penduduk.

 

 

zaki

 

zaki

 

zaki

 

zaki

 

 

Antara kawasan terjejas ialah berdekatan Klinik Kesihatan Menderang dan Jalan Kebun, Felda Sungai Klah.

 

Keadaan cuaca buruk menyebabkan operasi mengalihkan pokok tumbang ditangguhkan dan disambung semula pagi tadi. - DagangNews.com