Penganalisis unjur pendapatan SLP Resources Bhd lebih rendah  | DagangNews Skip to main content

Penganalisis unjur pendapatan SLP Resources Bhd lebih rendah 

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 8 Nov Malacca Securities Sdn Bhd mengurangkan unjuran pendapatan SLP Resources Bhd sebanyak 16.7% dan 8.0% kepada RM21 juta dan RM23.6 juta masing-masing untuk tahun kewangan 2021 dan 2022, beikutan kelembapan dalam jualan dan pengeluaran

 

Firma penganalisis itu berkata, untung bersih suku ketiga turun 30.3% tahun ke tahun kepada RM3.1 juta, diheret oleh gangguan pengeluaran akibat sekatan 60% tenaga kerja, ditambah pula dengan penutupan sementara kilang pada 10 September 2021 hingga 16 September 2021. 

 

"Hasil bagi suku tersebut susut 2.6% tahun ke tahun kepada RM36.2 juta. 

 

"Kami percaya bahawa pemulihan dalam jualan akan bermula pada suku keempat memandangkan negeri Kedah telah memasuki Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN) mulai 1 Oktober 2021," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini. 

 

Firma-firma penganalis menurunkan unjuran pendapatan SLP bagi tahun kewangan 2021 hingga 2023 diantara 5% hingga 16.7% susulan kelembapan dalam jualan dan pengeluaran pada suku ketiga 2021.

 

Sementara itu Kenanga Investment Bank Bhd berkata, SLP merekodkan pendapatan 63% di bawah anggaran tahun penuh yang dibuat iaitu sebanyak RM13.6 juta bagi tempoh 9 bulan 2021.

 

Penurunan tersebut juga katanya disebabkan terutamanya oleh gangguan dalam pengeluaran disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

 

"Kami mengurangkan hasil sebanyak 5.5%-10% terutamanya untuk melaraskan hasil yang lebih rendah dan gangguan pengeluaran pada suku ketiga tahun ini. 

 

"Walau bagaimanapun, kami mengekalkan anggaran tahun 2022 dan dividen sesaham sebanyak 5.5 sen," katanya. -DagangNews.Com