Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7% pada April – DOSM | DagangNews Skip to main content

Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7% pada April – DOSM

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 8 Jun - Pengeluaran getah asli Malaysia menurun sebanyak 13.7% kepada 23,460 tan metrik pada April 2023 berbanding 27,188 tan metrik dalam Mac 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Bagaimanapun, pengeluaran getah asli meningkat tahun ke tahun sebanyak 3.4% daripada 22,695 tan metrik pada April 2022.

 

DOSM berkata sektor pekebun kecil menyumbang 87.7% daripada pengeluaran, manakala sektor estet sumbang sebanyak 12.3%.

 

“Jumlah stok getah asli berkurangan 4.5% kepada 194,527 tan metrik pada April 2023 berbanding 203,757 tan metrik dalam Mac 2023.

 

"Kilang pemprosesan getah membentuk 91.2% diikuti kilang pengguna getah (8.7%) dan estet getah (0.1). %),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

dosm getah

 

 

Menurut DOSM, eksport getah asli Malaysia berjumlah 37,728 tan metrik pada April 2023, menurun 17.6% daripada 45,789 tan metrik bulan sebelumnya.

 

China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, menyumbang 48.4% daripada jumlah eksport pada April 2023, diikuti oleh Jerman (11.7%), Pakistan (5.6%), Türkiye (3.9%) dan Portugal (3.3%), jelasnya.

 

“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

 

“Sarung tangan merupakan eksport utama dengan nilai RM800 juta pada April 2023, jatuh 32.6% daripada RM1.2 bilion pada Mac 2023,” tambahnya.

 

Mengulas mengenai harga purata bulanan, DOSM berkata susu getah pekat mencatatkan penurunan sebanyak 6.6% kepada 495 sen sekilogram (kg) pada April 2023, daripada 530.11 sen/kg pada bulan sebelumnya, manakala sekerap susut  0.7% kepada 465.21 sen/kg, daripada 468.68 sen/kg sebelum ini.

 

Harga untuk semua jenis Getah Mutu Malaysia menyusut antara 0.1% dan 6.6%. -DagangNews.com