Penghantaran pertama kapal tangki DP2, MIDF kekal anggaran pendapatan FY22 MISC | DagangNews Skip to main content

Penghantaran pertama kapal tangki DP2, MIDF kekal anggaran pendapatan FY22 MISC

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 6 Jan -  MIDF Research tidak membuat sebarang perubahan pada anggaran pendapatan tahun kewangan 2022 MISC Bhd. susulan penghantaran kapal pertama daripada tiga buah kapal tangki ulang-alik Suezmax Dynamic Positioning (DP2) bagi sewaan jangka panjang dengan syarikat minyak global, Shell oleh anak syarikat milik penuh MISC Berhad, AET.

 

Dalam nota penyelidikannya hari ini, MIDF Research berkata, penghantaran itu adalah dalam jangkaannya memandangkan MISC telah mengambil kira penghantarannya bagi kapal tangki ulang-alik kedudukan dinamik (DPST) pada tahun 2022, lima daripada enam kapal tangki keseluruhannya untuk FY21-22. 

 

"Oleh itu, kami tidak membuat perubahan pada anggaran pendapatan FY22 kami," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Menurut AET, kapal tangki "Eagle Campos" telah dibina khas untuk disewakan kepada Brazil Shipping I Ltd, anak syarikat tidak langsung milik penuh Shell. 

 

Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan kini sedang membina dua buah lagi kapal tangki berkenaan dan dijangka dihantar lewat tahun ini.

 

Menurut perjanjian dengan Shell pada Disember 2019, tiga kapal tangki Suezmax DP2 akan beroperasi di perairan antarabangsa serta Lembangan Brazil. "

 

'Eagle Campos' akan memulakan operasi di Brazil, di mana ia akan menyertai 'Eagle Pilar'; kapal DPST AET yang telah menyelesaikan operasi kapal-ke-kapal (STS) pertamanya pada 2QCY21.

 

AET kini sedang membina lima lagi kapal tangki ulang-alik DP2. Ini akan dihantar tahun ini, meningkatkan jumlah kapal DPSTnya kepada 17, dengan 13 - termasuk 'Eagle Pilar' beroperasi di luar pantai Brazil. 

 

"Kami turut mengekalkan panggilan BELI ke atas MISC Bhd dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM7.81," kata MIDF. -DagangNews.com