Penjualan baharu UEM Sunrise dijangka meningkat pada FY20 | DagangNews Skip to main content

Penjualan baharu UEM Sunrise dijangka meningkat pada FY20

UEM Sunrise

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Keputusan untuk menjual 72 bidang tanah dengan pada harga berjumlah RM434.3 juta dijangka akan meningkatkan jumlah penjualan baharu UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) bagi tahun kewangan 2020.

MIDF Research berkata, jualan yang dibuat itu seiring dengan jangkaan pihaknya yang mensasarkan jumlah penjualan baharu UEM Sunrise berjumlah RM1 bilion.

"Penjualan itu seiring dengan jangkaan kami kerana pihak pengurusan telah meletakkan sasaran jualan baharu sebanyak RM1 bilion (termasuk penjualan tanah) untuk tahun kewangan 2020.

"UEM Sunrise mencatatkan penjualan baharu yang rendah pada separuh pertama 2020 iaitu sebanyak RM150.9 juta kerana pernigaan terganggu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, jualan untuk separuh kedua 2020 dijangka akan disokong oleh insentif PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara)," kata MIDF Research.

Pada 9 Oktober lalu, DagangNews.com melaporkan bahawa UEM Sunrise telah menandatangani dua perjanjian "Heads of Agreement' (HOA) dengan dua anak syarikat AME Elita Consortium Berhad (AME) iaitu Pentagon Land Sd. Bhd. (Pentagon) dan Greenhill SILC Sdn. Bhd. (Greenhill).

Perjanjian tersebut adalah untuk menjual 72 bidang tanah SiLC, di Iskandar Puteri, Johor.

HOA pertama dilaksanakan dengan Pentagon dan  Greenhill, manakala HOA kedua ditandatangani dengan Pentagon.

MIDF Research turut mengakalkan saranan 'beli' saham UEM Sunrise dengan harga sasaran sesaham (TP) tidak berubah iaitu RM0.52.

"Kami kekalkan saranan 'beli' saham UEM Sunrise kerana kami menjangkakan pendapatannya akan kembali pulih dan stabil pada separuh kedua tahun kewangan 2020," jelas MIDF Research lagi. - DagangNews.com