KUALA LUMPUR 22 April - Bursa Malaysia merekodkan jualan bersih besar-besaran pada minggu lalu sebanyak RM1.59 bilion, aliran keluar bersih mingguan tertinggi dalam tempoh empat tahun ketika negara memasuki fasa Printah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.
MIDF Research berkata, ia merupakan minggu kelapan berturut-turut jualan bersih di Malaysia oleh pelabur asing.
Pelabur asing melakukan jualan bersih ekuiti tempatan selama sembilan hari dagangan berturut-turut.
"Satu-satunya sektor yang mencatatkan aliran masuk bersih asing minggu lepas adalah telekomunikasi & media (RM9.3 juta).
"Sementara itu, tiga sektor teratas mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi iaitu perkhidmatan kewangan (RM425.8 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM308.9 juta) dan produk & perkhidmatan perindustrian (RM206.3 juta)," kata firma penyelidikan itudalam laporan aliran dana mingguan hari ini.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7360541372195081490.jpg?itok=qIvJ6509","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7360541372195081490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7320060357279254034","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Katanya, bursa tempatan terus disokong oleh belian bersih institusi tempatan sebanyak RM1.79 bilion untuk minggu itu, paras tertinggi enam tahun sejak Februari 2018.
MIDF Research berkata, ini adalah pembelian bersih minggu kelapan berturut-turut institusi tempatan. Dari segi hari, mereka telah membeli bersih selama 11 hari dagangan berturut-turut.
Sementara itu katanya, peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih untuk minggu keenam berturut-turut, dengan jualan bersih berjumlah RM195.8 juta.
"Mereka mencatatkan belian bersih sebanyak RM59.5 juta pada Isnin tetapi menjadi penjual bersih untuk sepanjang minggu," katanya.
Dari segi penyertaan, purata jumlah dagangan harian (ADTV) menyaksikan peningkatan secara menyeluruh, diterajui oleh institusi tempatan (+30.2%), diikuti oleh pelabur asing dan peruncit tempatan masing-masing pada 28.4% dan 19.5%.- DagangNews.com