Pentamaster dijangka catat pertumbuhan pada 2022 | DagangNews Skip to main content

Pentamaster dijangka catat pertumbuhan pada 2022


Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

KUALA LUMPUR 5 Nov - AmInvestment Bank mengekalkan saranan (Kekal) bagi saham Pentamaster Corp (Pentamaster) dengan nilai saksama yang lebih tinggi sebanyak RM5.62/saham berbanding sebelum ini RM4.99/saham.

 

Menurut bank pelaburan itu, jumlah buku pesanan Pentamaster terus kukuh dalam segmen elektro-optik dan automotif. 

 

Katanya, Kumpulan itu sedar tentang kesan kekangan rantaian bekalan dan memerhati perkembangan dengan teliti untuk memastikan penghantaran projek tepat pada masanya kepada pelanggannya. 

 

"Memandangkan sekatan rentas sempadan ditarik balik secara beransur-ansur, kumpulan itu menjangkakan untuk mengiktiraf hasil daripada buku pesanannya yang tertunggak.

 

"Oleh itu, kami menjangkakan Pentamaster akan menunjukkan pertumbuhan pada tahun kewangan 2021 berbanding ketika pra-pandemik," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Pentamaster dilaporakan sedang memperoleh sebidang tanah pajakan di Batu Kawan dengan harga RM28.28 juta. 

 

Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada  suku keempat tahun ini.

 

"Cadangan pengambilalihan itu bertujuan meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan pembuatan kumpulan, khususnya dalam penyelesaian automasi kilang (FAS) dan segmen perubatan. 

 

"Memandangkan lebih banyak syarikat memberi penekanan kepada automasi perindustrian berikutan peningkatan kos buruh, kumpulan itu menjangkakan FAS menjadi segmen yang berkembang pesat dan bersedia untuk menangkap peningkatannya," katanya. -DagangNews.Com